Adakah Kulit Cerah Sampai Nampak Urat Hijau, Ia Petanda Kem4ti4n Mengejut?

Adakah Kulit Cerah Sampai Nampak Urat Hijau, Ia Petanda Kem4ti4n Mengejut? | Bagi individu berkulit cerah, kesan urat berwarna hijau seringkali terlihat jelas timbul di permukaan tubuh badan yang nipis misalnya tangan serta dahi. Perkara ini sebenarnya biasa sahaja. Namun begitu, sesetengah pihak menyifatkan ia sebagai petanda kepada masalah kesihatan yang serius. Lebih teruk lagi, mereka mengaitkannya dengan hal-hal ghaib sehingga kononnya boleh mengundang kepada kematian.

Mereka dalam ketakutan melampau & menangis tanpa sebab

Penulisan panjang di bawah adalah salah satu contoh perkongsian maklumat yang cukup menimbulkan paranoid di kalangan orang ramai. Menurut individu terbabit, urat-urat hijau khususnya yang timbul di waktu malam adalah berpunca daripada rasa terkejut melampau. Tidak cukup dengan itu, dia mengatakan bahawa makhluk halus telah ‘membawa’ gangguan berkenaan sehingga menyebabkan badan berada dalam keadaan tenat.

Urat warna hijau yang timbul adalah normal…Tiada apa perlu dirisaukan

Menyangkal kepercayaan mengarut terbabit, seorang pakar perubatan bernama Muhamad Muhsin Bin Zaidi telah menulis satu posting panjang menerusi laman Facebook. Kata beliau, dakwaan kononnya urat hijau menjadi petanda kepada kematian secara mengejut atau sebarang simptom kesihatan adalah salah belaka. Apa yang pasti, beliau menegaskan bukan semua situasi boleh dikaitkan dengan unsur-unsur spritual memandangkan ia membawa mudarat lebih besar terhadap kesediaan masyarakat ketika menerima info palsu terbabit.

Sumber : Facebook Medical Mythbuster Malaysia

Don’t Foget To Follow Fanpage And Subs Youtube Channel Admin
Facebook – Madara Army
Youtube channel – Madara Amry

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share resepi korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini