Aeril Zafrel Akvi Sering S4kit Kepala, Selepas Dua Kali Di J4ngkiti C0vid-19

Pernah dijangkiti wabak Covid-19 sebanyak dua kali, pelakon dan usahawan Aeril Zafrel mengakui mengalami masalah migrain selepas bebas daripada virus tersebut.

Memetik laporan Harian Metro, Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Sunari berkata, dia berdepan masalah sakit kepala yang teruk sehingga terpaksa mengambil ubat tahan sakit.

“Gejala paling teruk yang dialami selepas dijangkiti Covid-19 buat kali kedua adalah migrain. Hampir dua bulan saya mengalami sakit kepala yang teruk secara tiba-tiba.
“Jika saya makan lewat, sakit kepala akan menyerang sehingga perlu makan ubat penahan sakit untuk saya kembali okay. Alhamdulillah keadaan kesihatan saya sekarang baik-baik saja,” kongsinya.

Malah, pelakon drama Cari Aku Di Syurga itu juga melakukan pemeriksaan dan rawatan lanjut seperti menjalani ujian x-ray di hospital akibat sindrom ‘post Covid-19’.

“Saya terus buat ujian x-ray di bahagian paru-paru. Alhamdulillah semuanya normal dan tiada sebarang masalah.
“Saya dimaklumkan ramai juga pesakit Covid-19 yang mengalami kerosakan pada bahagian paru-paru dan sukar pulih,” ujarnya.
Terdahulu, Aeril disahkan positif Covid-19 sebanyak dua kali iaitu pada Januari dan Ogos tahun lalu.

Kami Mewakili Dari Pihak Admin Mendoakan Semoga Dipermudahkan Segala Urusan Dan Semoga Cepat Sihat Seperti Sediakala aammiinn..

Sumber: Harian Metro (Najiy Jefri) , Instagram Aeril Zafrel

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini