Peguam Dedah Kisah Kumpulan Ajaran Sesat Bun0h Pegawai Agama – ‘Sh0t T0 Kill’

Kes jenayah yang membabitkan pembunuhan seringkali berlaku tanpa kita sedari. Golongan tidak bertanggungjawab ini sanggup bertindak kejam dengan membunuh orang lain semata-mata untuk kepentingan diri sendiri.

Begitulah nasib yang menimpa seorang lelaki yang juga merupakan pegawai agama apabila dia dipercayai ditembak oleh dua individu daripada kumpulan ajaran sesat. Kejadian ngeri itu dikatakan berlaku sekitar bulan November tahun 2013 di Kuantan, Pahang.

Pembunuh upahan dalam kereta

Menerusi satu perkongsian yang dibuat peguam bernama Sir Kamarul di laman Twitter miliknya, beliau menceritakan semula kronologi pembunuhan pegawai agama tersebut. Menurut Kamarul, pada awalnya rumah mangsa dikatakan telah didatangi seorang individu yang tidak dikenali.

Individu tersebut dikatakan telah menyamar dan meminta sedekah kepada mangsa. Tetapi lain pula yang jadinya apabila mangsa tiba-tiba telah ditembak oleh dua individu lain yang turut ada di lokasi kejadian.

Tiga das tembakan dilepaskan

Namun, apa yang lebih menyayat hati apabila kejadian tembakan itu berlaku di hadapan rumah mangsa dan turut dilihat oleh anaknya. Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah dan mengalami pendarahan teruk di dada kerana tembakan tersebut.

Kenapa mangsa dibunuh?

Tidak terhenti di situ sahaja, pembunuhan mangsa dikatakan merupakan satu konspirasi yang telah dirancang oleh ketua kumpulan ajaran sesat tersebut. Tanggungjawab serta pekerjaan mangsa sebagai pegawai agama yang dikatakan sering ‘mengganggu’ aktiviti ajaran sesat membuatkan golongan ini berang dan menyimpan dendam sehingga nekad untuk ‘melenyapkan’ mangsa.

Dapat ‘kebenaran’ membunuh

Kedua-dua suspek yang telah mendapat ‘kebenaran’ dengan segera membunuh mangsa dan kejadian itu turut disaksikan oleh tiga orang rakan mereka yang lain. Ketiga-tiga saksi dikatakan melihat kejadian itu dari jauh dan mereka telah ditahan oleh pihak polis sebagai saksi penting bagi pihak pendakwaan.

Sementara itu, kedua-dua suspek yang menembak mangsa telah dihadapkan ke muka pengadilan dan Mahkamah Tinggi memutuskan mereka bersalah dan dihukum gantung sampai mati.

Ketua ajaran sesat dan isteri didakwa

Dalam pada itu, ketua ajaran sesat bersama isterinya juga turut didakwa atas kesalahan tersebut kerana dikatakan mereka juga terlibat dalam konspirasi pembunuhan mangsa. Tetapi nasib menyebelahi mereka apabila pasangan ini dibebaskan kerana terdapat keraguan mengenai ‘arahan’ pembunuhan itu.

Suspek menafikan pembunuhan

Walaupun begitu, suspek dikatakan cuba menafikan bahawa mereka tidak mempunyai niat untuk membunuh. Tetapi hujahan suspek ditolak hakim dan keputusan Mahkamah Tinggi masih dikekalkan supaya suspek dihukum gantung sampai mati.

Keterangan daripada ketiga-tiga rakan suspek yang menyaksikan kejadian itu serta perbualan telefon turut dijadikan bukti bahawa suspek terlibat dalam konspirasi pembunuhan pegawai agama tersebut.

Suspek ‘menyamar’ masih bebas

Kedua-dua suspek dikatakan bersalah dan hukuman gantung sampai mati masih dikekalkan. Tetapi seorang suspek yang menyamar menjadi individu meminta sedekah itu dikatakan masih bebas.

Menjelaskan perkara itu, peguam Kamarul berkata ketika kejadian terdapat tiga orang suspek di lokasi iaitu salah seorang daripada mereka yang menyamar menjadi individu meminta sedekah dan dua orang suspek lain yang melakukan penembakan terhadap mangsa.

Sumber: Sir Kamarul

Jom join group ni.. Istimewa untuk kita share menu masing2 nanti.. insyaAllah bermanfaat di sana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini