AJK m̷asjid terim̷a duit gulung seringgit, tapi isi dalam buat dia naik hair̷an. “Penderma m̷isteri Selalu guna duit kertas lama RM1”

MASJID bukan sahaja dikunjungi jemaah untuk menunaikan solat atau menyertai aktiviti keagamaan, malah turut menjadi platform untuk menyalurkan derma.

Sedekah akan menjadi lebih rancak ketika solat Jumaat, di mana peti sumbangan disediakan di masjid untuk jemaah menderma.

Kebiasaannya, kutipan derma pada hari berkenaan akan dibuat pengiraan sebaik selesai solat Jumaat, yang dilakukan oleh ahli jawatan kuasa (AJK) masjid.

Seorang anak kepada bekas AJK di sebuah masjid di Besut, Terengganu berkongsi pengalaman membantu bapanya bersama AJK lain mengira duit tabung setiap Jumaat

Namun, remaja yang hanya mahu dikenali sebagai Aidil berkata, dalam longgokan wang kertas sumbangan jemaah itu terdapat sesuatu yang menarik perhatiannya.

“Setiap Jumaat, saya akan kira duit tabung masjid di kampung saya. Hampir setiap minggu, saya akan jumpa wang kertas RM100 yang dilipat dalam wang kertas RM1 yang digulung.

“Penyumbang itu selalu guna duit kertas lama RM1, mungkin sebab mudah untuk digulung. Hampir setiap Jumaat, pasti ada satu gulungan wang kertas RM1,” katanya kepada mStar sambil menambah tabung itu diletakkan di pintu masuk dewan solat setiap Jumaat.

Duit gulung RM1 yang sering dijumpai sewaktu mengira tabung derma.

Aidil yang berusia 17 tahun itu percaya gulungan RM1 yang disimpan RM100 di dalamnya disumbangkan oleh penyumbang yang sama.

“Ayah saya dilantik jadi bendahari masjid sejak awal tahun dan sehingga ke bulan ini (Disember) ini, masih ada gulungan RM1 di dalamnya RM100.

“Ia membuatkan saya tertanya-tanya, dan rupa-rupanya menurut AJK masjid lain ia merupakan perkara yang biasa yang disedari mereka sejak tahun lalu,” katanya.

Walaupun pandemik C0vid-19 memberi kesan kepada masyarakat termasuk ekonomi, namun dia beranggapan ia tidak memberi kesan besar kepada penderma misteri itu.

Bila tiada duit yang digulung itu, kami jadi hairan. Sampai kami bimbang penderma itu adakah dia sakit sebab tak dapat ke masjid.

Anak keempat daripada lima beradik itu bagaimanapun tidak dapat meneka individu di sebalik sumbangan yang caranya begitu konsisten itu.

Elak ri4k atau untuk keselamatan

Aidil berkata, penderma misteri itu berbuat demikian mungkin tidak mahu nilai sumbangannya disedari oleh jemaah lain sehingga boleh menimbulkan bu-ruk sangka.

“Kalau letak RM100 sampai jemaah lain boleh nampak, dikhuatiri akan menimbulkan riyak. Jadi, adalah lebih baik disorokkkan di dalam gulungan RM1.

“Mungkin juga faktor keselamatan supaya tidak mahu orang lain tahu begitu banyak duit derma dalam tabung. Tambahan sekarang ni di sesetengah masjid ada saja kes pecah tabung derma,” katanya sambil menambah bapanya meletakkan jawatan sebagai bendahari masjid tersebut, baru-baru kerana masalah kesihatan.

Di sebalik gulung RM1, tersembunyi wang kertas RM100.

Selain identiti penderma misteri itu menimbulkan persoalan, ketidakhadirannya ke masjid itu pada Jumaat turut membuatkan ramai gelisah.

“Hampir setiap Jumaat ada gulungan RM1 tu, jadi bila kami kira duit selepas solat Jumaat tetapi tiada duit yang digulung itu, kami jadi hairan.

“Bukan sebab tak ada duit RM100, tapi tentang keadaan penderma berhati mulia itu. Sampai kami bimbang penderma itu adakah dia sakit sebab tak dapat ke masjid.

“Mungkin juga dia solat Jumaat di masjid lain atau ada uruan kerja. Sama juga seperti penderma-penderma lain, kami harapkan penderma misteri ini diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezekinya. Terima kasih di atas sumbangan kepada masjid,” katanya.

Ketahui 5 Kelebihan Dan Kebaikan Bersedekah

Rasulullah SAW pernah bersabda;

“Tidak ada hari yang disambut oleh para hamba melainkan di sana ada dua malaikat yang turun, salah satunya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti kepada orang-orang yang berinfaq’. Sedangkan (malaikat) yang lainnya berkata: ‘Ya Allah berikanlah kehancuran kepada orang-orang yang menahan (hartanya)’.”

(Hadis Riwayat Bukhari Dan Muslim)

Sedekah bukan hanya perihal memberikan sebahagian harta kepada golongan yang memerlukan, namun manfaat sedekah lebih luas akan dirasakan oleh mereka yang melakukannya, antaranya:

1- Memperkuat Keimanan Dan Mendekatkan Diri kepada Allah SWT

Jika kita bersedekah dengan niat demi untuk beribadah kerana Allah, pasti akan bertambah keimanan kita terhadapNya.

Dengan bersedekah juga dapat mendekatkan diri kepada Allah kerana Allah sangat menyayangi akan golongan hambaNya yang banyak memberi keranaNya, bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk.

2- Mendapat Ganjaran Pahala

Setiap amalan baik yang dilakukan dengan ikhlas pasti akan diganjarkan dengan pahala oleh Allah SWT. Ini termasuklah dalam perbuatan memberi dan bersedekah kepada sesiapa yang memerlukan.

Firman Allah ;

“Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka, kecuali dari bisikan-bisikan orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah, atau berbuat kebaikan atau mengadakan perdamaian diantara manusia. Dan barangsiapa yang berbuat demikian kerana mencari keredaan Allah, maka kami akan memberinya pahala yang besar.”

(Surah an-Nissa:114)

3- Bertambah Rezeki Dan Mendapat Keberkatan

Bukankah dengan memberi kepada orang lain, Allah akan memberi dan menggantinya dengan hal yang lebih baik? Tidak sesekali kita rugi sekiranya memberi dan membantu orang lain dengan hak dan barangan kita.

Pasti Allah akan menurunkan keberkatan rezeki dengan lebih baik atas kebaikan yang kita lakukan itu. Jika bukan menggantikan hal yang sama, pasti digantikan dengan kesihatan yang baik, kebahagiaan dalam keluarga, kesenangan dalam bekerja dan sebagainya. Sesungguhnya rezeki Allah itu sangat luas dan tidak terbatas.

4- Menyembuhkan Penyakit

Banyak penemuan kajian membuktikan dengan melakukan sesuatu perkara yang positif untuk orang lain, seperti memberi atau bersedekah akan meningkatkan sistem kekebalan tubuh badan seseorang.

Salah satunya, kajian yang dilakukan oleh James House memberi kesimpulan bahawa dengan membantu orang lain sepenuh hati dan ikhlas akan meningkatkan kesihatan tubuh badan dan menyembuhkan penyakit-penyakit ringan.

5- Memberi Ketenangan Hati Dan Kebahagiaan

Sebagai umat islam kita sering disarankan untuk berbuat apa-apa saja kebaikan demi mendapatkan ketenangan fikiran dan emosi, termasuklah dengan bersedekah. Melalui amalan bersedekah juga akan melahirkan perasaan tenang dan bahagia.

Bahkan, dengan membelanjakan harta ke arah kebaikan demi membantu orang lain pasti akan mendorong peningkatan hormon-hormon kebahagiaan dalam otak kita. Kajian sains sendiri telah membuktikan kebenaran ini.

Sumber:transformasi

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share resepi korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini