Akhirnya Alya Iman Akui Silap, Mahu Jadi Lebih Matang, Kontroversi Rampas Suami Orang

Akhirnya Alya Iman Akui Silap, Mahu Jadi Lebih Matang, Kontroversi Rampas Suami Orang | Saban tahun, industri hiburan negara kita sememangnya tak pernah lekang dengan isu rampas buah hati, suami ataupun isteri orang. Sejak akhir-akhir ini pula, nama pelakon baru Alya Iman pula telah menjadi bualan hangat apabila dituduh menjalinkan hubungan dengan seorang ahli perniagaan berstatus suami orang. Perhubungan tersebut menjadi tular apabila didedahkan oleh isterinya di Instagram sejak semalam.

Kami pernah bertunang tapi ia berakhir bila kewujudan saya tak diketahui & dipersetujui oleh isterinya

Menerusi portal Harian Metro, anak perempuan pelakon lagenda Allahyarham Azmil Mustapha tersebut mendedahkan pernah bertunang dengan seorang lelaki berstatus suami orang pada 27 Februari lalu. Pengakuan berani itu sekali gus menjawab segala dakwaan ‘kurang enak’ yang dibuat isteri ahli perniagaan berkenaan. Walau bagaimanapun, hubungan terbabit tak bertahan lama apabila Alya nekad putuskan tunang pada Mac lalu sebaik mengetahui kewujudannya langsung tak diketahui oleh isterinya. Malah segala bentuk hadiah yang pernah diberikan pun sudah dipulangkan kerana rasa sangat bersalah.

Terima semua nasihat kecaman sindiran & fitnah…akui pernah buat kesilapan dulu

Susulan itu, pelakon berusia 19 tahun berkenaan pasrah menerima segala reaksi dan kecaman netizen berhubung insiden tersebut. Alya Iman juga melihat kontroversi yang melanda ketika ini sebagai ujian yang mematangkan dirinya. Dalam pada itu, dia turut memohon doa supaya berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik selepas ini.

Sumber: Instagram alyimn & Harian Metro

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Sosial Media!!
Facebook – Madara Army
Youtube channel – Madara Amry