Akibat Cemburu Punya Pasal, Isteri Tua Robohkan Rumah Suami Bagi Untuk Madu [VIDEO]

Akibat Cemburu Punya Pasal, Isteri Tua Robohkan Rumah Suami Bagi Untuk Madu [VIDEO] | Sebut saja madu atau hidup berpoligami, pasti ramai wanita yang tak keruan mendengarkannya. Selain enggan berkongsi kasih suami, mereka juga sebenarnya takut ketua keluarga tak mampu bersikap adil ataupun isteri baru ada agenda tersendiri. Malah dilema tersebut juga boleh mendorong seseorang isteri untuk melakukan kerja gila seperti kejadian yang berlaku di Sumatera Utara, Indonesia baru-baru ini.

Cemburu & tak puas hati suami belikan madu rumah baru…isteri tua hantar jentolak robohkan terus

Pelik tapi benar, tindakan nekad seorang wanita yang merobohkan sebuah rumah di wilayah tersebut telah menjadi tular. Menerusi laporan media tempatan, semuanya berpunca akibat sifat cemburu apabila suaminya dikatakan telah membeli rumah tersebut untuk dijadikan sebagai kediaman baru kepada isteri muda. Berang sebaik mendapat tahu hal itu, dia akhirnya nekad menghantar sebuah jentolak bagi merobohkan rumah tersebut.

Sampai licin habis rumah diranapkan…orang kampung riuh panggil isteri muda yang tengah mengandung 3 bulan

Dalam video berdurasi 8 minit 47 saat yang berjaya dirakam oleh seorang individu dikenali Sugi Sergai, jentolak tersebut jelas telah meranapkan bumbung dan dinding rumah berkenaan sehingga licin semuanya. Situasi di tempat kejadian juga riuh dengan suara para penduduk kampung memanggil nama isteri muda terbabit yang turut didakwa sedang hamil 3 bulan. Susulan insiden berkenaan, ada segelintir warganet yang menyokong tindakan wanita tersebut wajar untuk dijadikan sebagai pengajaran. Namun ada juga pihak lain yang mengecam tindakan melampau isteri tua tersebut selain berharap agar polis mengambil tindakan berhubung kejadian itu.

Sumber: YouTube Tribunnews & Harian Metro

Don’t Foget To Follow Fanpage And Subs Youtube Channel Admin
Facebook – Madara Army
Youtube channel – Madara Amry

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share resepi korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini