Aklbat Tertekan Kerana Hidap Barah Kali Kedua, Wanita Aj4l Terjun Bangunan Beli-Belah

Konon Tertekan Kerana Hidap Barah Kali Kedua, Wanita Aj4l Terjun Bangunan Beli-Belah | Bukan sahaja tahap kesihatan fizikal yang perlu dijaga tetapi daripada segi psikologi juga haruslah dipantau. Terutama sekali bagi penghidap masalah kesihatan yang kronik. Jika tidak dijaga dengan baik, pemikiran dan emosi individu berkenaan boleh terganggu seperti kejadian yang berlaku kepada wanita ini sekitar semalam.

Terjun diri dari tingkat 7, wanita hilang nyawa kerana alami kecederaan di kepala

Memetik laporan Harian Metro, seorang wanita di Kuantan telah ditemui tidak bernyawa setelah terjun dari tingkat 7. Kejadian yang berlaku di sebuah pusat membeli-belah Kuantan, Pahang itu telah menyaksikan individu berkenaan mengalami kecederaan serius di bahagian kepalanya.

Panjat dinding penghadang sebelum terjunkan diri di bahagian hujung kawasan parkir

Menurut Ketua Polis Daerah Kuantan, kamera litar tertutup (CCTV) kompleks berkenaan telah merakamkan wanita berusia 45 tahun terbabit memandu sebuah kereta dan parking di tingkat lima. Setelah itu, dia naik ke tingkat 7 dan memanjat dinding penghadang sebelum meniti sehingga ke bahagian hujung sebelum terjun.

Tertekan kerana disahkan menghidap kanser usus semula

Menerusi siasatan awal, suami kepada wanita berkenaan memaklumkan bahawa isterinya pernah sembuh daripada barah usus. Akan tetapi, dia disahkan menghidap semula masalah kesihatan yang sama sekitar Mac lalu dan sedang menjalani rawatan kimoterapi. Disebabkan daripada itu, isterinya mengalami tekanan perasaan dan tidak dapat tidur dengan lena kerana masalah berkenaan.

Sumber: FB Harian Metro, Info Roadblock JPJ/POLIS

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share resepi korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Don’t Foget To Follow Fanpage And Subs Youtube Channel Admin
Facebook – Madara Army
Youtube channel – Madara Amry