Aklbat Tertelan Ubat Stapler Dalam Makanan

Akibat Tertelan Ubat Stapler Dalam Makanan, Gusi Anak Jadi Bengkak & Bernanah | Lumrah anak kecil yang ingin mengenal dunia, apa jua benda atau makanan pasti dimasukkan ke dalam mulut. Namun tabiat ini boleh mengundang padah lebih-lebih lagi yang melibatkan objek kecil dan kita sebagai ibu bapa tak perasan pun bila ditelan seperti dawai kokot atau ‘ubat stapler’. Ia sering digunakan oleh peniaga pada plastik sos, pembungkus makanan atau makanan yang dibalut dengan daun pisang seperti otak-otak ekoran kosnya lebih murah dan mudah disiapkan.

Ada budak pernah hidap gusi bengkak…x-ray dapati ada kehadiran ‘bendasing’ dalam nanah

Menurut halaman Facebook Public Health Malaysia, seorang kanak-kanak perempuan pernah mengalami masalah gusi bengkak yang amat serius hingga terpaksa dirujuk kepada pakar pergigian. Apa yang mengejutkan adalah penemuan sejenis bendasing di dalam nanah pada kawasan bengkak tersebut selepas pemeriksaan dan imbasan x-ray dilakukan.

Rupanya ada ubat stapler melekat di celah gigi…food hazard & tak sesuai dibuat bungkus makanan

Tanpa disangka-sangka, rupanya ia berpunca daripada dawai stapler yang telah dicucuk hingga ke bahagian akar gigi kanak-kanak tersebut. Bagi yang tidak tahu, objek kecil berkenaan sebenarnya tak sesuai untuk digunapakai sebagai pembungkus makanan. Malah ia turut dikategorikan oleh pakar sebagai ‘food hazard’ atau boleh mencederakan pembeli.

Cara untuk mencegah daripada berulang terutamanya kanak-kanak

Sesungguhnya mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Oleh itu, setiap pengendali makanan perlu elakkan gunakan stapler manakala pembeli pula perlu berhati-hati sewaktu membeli bagi mengelakkan risiko seperti ini.

Sumber: FB Public Health Malaysia

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Sosial Media!!
Facebook – Madara Army
Youtube channel – Madara Amry