Aksi Akak ni Rece Usung Tong Gas Naik Basikal, Bikin Cemas Nyaris Saja Terbabas..[VIDEO]

Aksi Akak ni Rece Usung Tong Gas Naik Basikal, Bikin Cemas Nyaris Saja Terbabas..[VIDEO] | Tidak dinafikan ramai masyarakat menggunakan tong gas untuk memasak, tetapi agak leceh apabila terpaksa menukar yang baru. Kebiasaannya kita sering melihat orang mengusung tong gas menggunakan kenderaan yang sesuai kerana saiznya yang besar dan agak berat. Namun pernahkah anda tengok seseorang itu membawa tong gas dalam raga basikal?

Kau mampu ke bawa tong gas naik basikal?

Baru-baru ini, pengguna akaun Twitter @bahi_zone telah berkongsi sebuah video memaparkan aksi seorang wanita membawa sebuah tong gas dengan hanya menggunakan basikal. Insiden itu berjaya dirakaman ketika dia sedang memberhentikan kenderaan kerana traffic light menunjukkan lampu merah. Wanita berkenaan dilihat begitu selamba membawa tong tersebut dengan hanya diletakkan di dalam raga basikal tanpa mengikatnya.

Eh.. eh berhenti.. berhenti… Nyaris saja terbabas

Bagaimanapun, gelagatnya itu nyata mengundang rasa cemas pemuda berkenaan apabila dia nyaris terbabas dengan sebuah kereta di persimpangan jalan tersebut gara-gara tidak sempat menghentikan basikalnya. Namun mujurlah dia sempat mengelak sebelum meneruskan semula kayuhannya.

Masa dia tak berhenti tu dengan aku sekali terjerit..

Rakaman ini berjaya meraih lebih 65 ribu tontonan selain dihujani dengan pelbagai reaksi daripada netizen. Di samping terhibur dengan aksi rare wanita berkenaan, rata-rata mereka mengakui bimbang dengan keselamatannya.

Sumber : Twitter bahi_zone

Don’t Foget To Follow Fanpage And Subs Youtube Channel Admin
Facebook – Madara Army
Youtube channel – Madara Amry