“Alah Bisa Tegal Biasa,”Gadis 20 T4hun ‘Steady’ Angkat Tandan Sawit Seawal 8 Pagi

Biarpun bertubuh kecil dan berusia muda, Nor Syazwani Nor Azman membuktikan beliau mempunyai keazaman yang tinggi. Tekad berdikari mencari pendapatan sendiri, gadis Jelebu ini mengambil inisiatif bekerja di ladang sawit milik keluarganya sejak berusia 15 tahun lagi.

Kisah gadis hebat ini telah menarik perhatian wartawan Bernama untuk menemui beliau sekaligus berkongsi kisah kegigihan gadis muda ini.

Mari ikuti perkongsian wartawan Bernama di Felda Pasoh 4, Jelebu, Negeri Sembilan.

Alah bisa tegal biasa…⁣

Itulah perumpamaan yang sesuai digambarkan dengan personaliti Nor Syazwani Nor Azman yang mengerah kudrat empat kerat demi mencari pendapatan sendiri dengan mengambil upah di ladang kelapa sawit milik keluarganya dan penduduk Felda Pasoh 4, Jelebu, Negeri Sembilan.⁣

Gadis genit berusia 20 tahun itu mula melakukan kerja-kerja seperti menyusun, memunggah dan mengangkat pelepah serta tandan buah kelapa sawit sejak berumur 15 tahun lagi.⁣

Nor Syazwani keluar rumah seawal 8 pagi untuk melakukan kerja mengangkat serta meletakkan tandan buah sawit dianggarkan sekitar 15 hingga 30 kg di tempat disediakan.⁣

Meskipun anak kedua daripada sembilan beradik itu tidak dapat menyambung persekolahan atas sebab tertentu, Nor Syazwani cekal mahu membantu keluarga dengan kebolehan dirinya melakukan kerja di ladang kelapa sawit itu.⁣

Mengagumkan, bukan? Semoga kisah Nor Syazwani terus menjadi inspirasi kepada rakan sebaya serta golongan dewasa untuk meneruskan hidup dengan kudrat yang ada.

Sumber: Bernama

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu. . insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini