Alhamdulillah, Ben̷ar janji Allah Erdogan umum penemuan telag̷a miny̷ak 320 bilion meter padu

AllahuAkbar Benarnya janji Allah Erdogan umum penemuan telaga minyak 320 bilion meter padu | 1. Siapa sangka di saat Turki diser4ng hebat dari segi politik, disekat hebat dari segi ekonomi, dan diper4ngi dahsy4t dari segi ketenteraan – kerana pendirian Islamis di pentas antarabangsa  hari ini Allah s.w.t membuktikan janji Dia akan membantu hambaNya yang memperjuangkan agamaNya itu benar.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share resepi korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

2. Turki baru sahaja mengumumkan penemuan gas terbesar di Laut Hitam dalam sejarah kuasa Islam itu yang bakal menamatkan kebergantungan kepada import tenaga asing.

3. Penemuan ini cukup krit1kal kerana Turki saat ini berada dalam pelbagai tek4nan antarabangsa kerana pendirian Islamis kerajaan pimpinan Erdogan ini, antaranya ialah mengembalikan status Ayasofya warisan Sultan Muhammad al-Fatih sebagai masjid serta menent4ng tindakan Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk mengadakan hubungan diplomatik dengan 1sr4el.

4. Mata wang Lira Turki juga berada dalam keadaan tek4nan khususnya selepas Amerika Syarikat mengenakan beberapa sek4tan ke atas Turki.

5. Malah, Turki juga disingk1r daripada projek pesawat pejuang F-35 dari Amerika hingga kerug1an tidak kurang setengah juta USD semata-mata kerana membeli sistem pertahanan udara S-400 dari Rusia.

6. Segala sek4tan dan tek4nan ini tidak mengh4lang Turki pimpinan Erdogan untuk terus memelihara 3 juta pelarian Syria di dalam negaranya.

7. Segala sek4tan dan tekanan ini juga tidak mengh4lang Turki daripada terus menaja pelbagai biasiswa pelbagai peringkat pendidikan kepada warga bukan Turki termasuklah rakyat Malaysia dan negara-negara Islam dan bukan Islam lain.

8. Paling penting, segala sek4tan dan tek4nan antarabangsa ini tidak sama sekali mengendurkan semangat Erdogan untuk menegakkan syiar Islam di dalam dan luar Turki.

9. Lebih simbolik, penemuan 320 bilion meter padu gas di Laut Hitam itu dilakukan oleh kapal bernama ..Fatih.. sempena gelaran nama penguasa Uthmaniyyah yang menakluki Constantinople, Sultan Muhammad al-Fatih.

10. Sebelum ini Turki bergantung pada bekalan dari Rusia dan Iran di mana tahun lalu sahaja import tenaga Turki adalah bernilai sebanyak USD41 bilion.

11. Penemuan gas ini bakal memberi impak besar bukan sahaja ke atas trajektori kuasa ekonomi, tetapi juga kuasa politik dan ketenteraan Turki.

12. Jika rancangan projek pesawat pejuang generasi kelima Turki ingin diteruskan selepas dis1ngkir Amerika daripada F-35, Turki kini berpeluang menggunakan pendapatan tambahan ini dengan menyertai projek Sukhoi SU-57 bersama Rusia.

13. Penemuan simpanan gas yang bakal melonjakkan kuasa ekonomi Turki dalam keadaan Turki berdepan tek4nan antarabangsa kerana pendirian Islamis ini benar-benar membuktikan kebenaran janji Allah dalam Surah al-‘Imraan:

Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengal4hkan kamu.. dan jika Ia mengal4hkan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah ..menetapkan yang demikian? Dan ..ingatlah, kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri.

Oleh: Abdul Muein Abadi
Penyelidik PhD di Faculty of Governance and Global Affairs, Leiden University, Belanda.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Sosial Media!!
Facebook – Madara Army
Youtube channel – Madara Amry