Alhamdulillah..”Dulv Kenal Svami Di CIub,Kini Jadi Imam S0lat Di Rumah”.Hidayah Milik Allah

Hidayah itu milik Allah dan Dia akan datangkan dengan pelbagai cara dalam hidup setiap hambaNya. Walau hitam sekalipun kisah silam seseorang, jika hidayah datang mereka mampu berubah sekelip mata.

Kisah sebegini sering menjadi inspirasi buat kita semua. Seperti video yang dikongsi Zuliani Asylia di TikTok baru-baru ini. Video tersebut telah meraih perhatian ramai netizen dan sehingga kini telah mendapat lebih 152,000 tontonan.

Melalui video itu, Zuliani berkongsi tentang kisah silam suaminya dan detik perkenalan mereka berdua sebelum akhirnya diijabkabulkan. Dalam video yang memaparkan suaminya sedang menunaikan solat, Zuliani berkata mereka berdua berjumpa buat kali pertama di kelab malam. Namun, suaminya itu kini sudah berubah dan menjadi imam dalam hidupnya.

Masa mula-mula kenal dia, kami kenal dekat kelab. Orang kata lelaki kelab ni tak boleh buat suami. Sebab dorang ni playboy, hanya nak buat main-main je. Tapi, alhamdulillah saya buktikan. Dia tak macam korang fikirkan. Dialah iman dan syurga saya.”

Selepas berkahwin hidup mereka berdua semakin bahagia dan sedang memperbaiki diri ke arah lebih baik. Perkongsian Zuliani di TikTok itu menyentuh hati netizen dan ramai beri komen yang baik-baik dan positif buat dia dan suami.

Rata-ratanya berkata mereka kagum dan memuji suami Zuliani serta turut mendoakan agar suaminya kekal istiqamah dalam memperbaiki diri. Ada juga yang turut kongsikan cerita yang sama tentang suami dan kini sudah berubah.

“Like me and my husband. Alhamdulillah. Dialah pembimbing saya dan anak-anak. Ajar anak solat, mengaji semua.”

Sumber: LM

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini