ALLAHU Cikgu Sebak Tengok Mask Pelajar Siap Berjahit Lagi, Ulang Pakai Sampai Berdaki

ALLAHU Cikgu Sebak Tengok Mask Pelajar Siap Berjahit Lagi, Ulang Pakai Sampai Berdaki | Sebagaimana diketahui umum, arahan mewajibkan pemakaian pelitup muka atau face mask telah dikuatkuasakan sejak 1 Ogos lalu bagi mereka yang berada di kawasan awam dan sesak bagi mengurangkan risiko jangkitan pandemik COVID-19. Namun secara tidak langsung, penggunaan mask sedikit sebanyak memberi kesan kepada orang kurang berkemampuan untuk membeli dan menukarnya setiap hari.

Terdiam seketika, mask pelajar kotor & siap berjahit lagi..

Terbaharu menerusi Twitter seorang guru bernama Fazri Hassan, beliau sempat berkongsi kisah mengenai pelitup muka salah seorang pelajarnya yang kelihatan cukup daif. Apa yang menyedihkan adalah ia bukan sahaja sudah tercemar, malah tali pada pelitup muka tersebut juga telah dijahit semula menggunakan benang hitam. Akui cikgu ini, situasi tersebut nyata membuatkan dia terdiam mengenangkan kesempitan hidup anak didiknya.

Ada juga yang tukar baru selepas 2-3 hari pakai..

Malah ada juga sebahagian pelajarnya terpaksa memakai pelitup muka secara berulang-ulang sebelum menukar kepada yang baru. Simpati dengan kesusahan serta kedaifan anak-anak terbabit, beliau kemudian memberi beberapa pelitup muka baharu kepada mereka. Susulan itu, cikgu muda ini menyeru orang ramai untuk turut sama membantu mereka yang kurang berkemampuan.

Semoga dipermudahkan urusan cikgu membantu anak murid..

Dikongsi sejak semalam, posting tersebut berjaya meraih lebih 5 ribu retweets selain dihujani dengan pelbagai reaksi positif daripada netizen. Rata-rata mereka memuji sikap prihatin cikgu ini terhadap anak didiknya. Tidak kurang juga yang berpendapat bahawa pemberian tersebut jauh lebih bermakna daripada wang ringgit.

Sumber : Twitter fazri_hassan

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share resepi korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini