Allahu Dekat Nak Bersalin Masih Tak Dapat Jumpa, Dayah Bakar Edit Foto Tenung Suaminya

Allahu Dekat Nak Bersalin Masih Tak Dapat Jumpa, Dayah Bakar Edit Foto Tenung Suaminya | Umpama ‘bermadu’ dengan negara, demikianlah pengorbanan yang perlu ditelan oleh para isteri yang bersuamikan prajurit tanah air. Tidak terkecuali adalah Dayah Bakar yang sudah berbulan-bulan tidak bersua muka dengan suami tercinta iaitu Kapten Hanif Hamidi. Setelah suaminya berangkat ke Australia pada Januari awal tahun lalu atas panggilan bertugas, pengacara ini seakan-akan memendam kerinduan luar biasa apalagi kini dia sedang menanti detik kelahiran anak sulung mereka setelah berkahwin pada 2018.

Titis air mata di lapangan terbang, rupanya permulaan perpisahan panjang

Siapa menduga air mata yang dititiskan sewaktu menghantar Kapten Hanif ke lapangan terbang dahulu adalah permulaan kepada perpisahan panjang mereka. Sebelum ini, Dayah pernah mendedahkan suaminya berangkat pergi ketika usia kandungannya baru berusia 1 bulan. Mempunyai perancangan untuk terbang ke sana, namun semuanya tergandala apabila wabak COVID-19 melanda dunia. Mahu atau tidak, mereka berdua terpaksa berjauhan sehinggalah ke hari ini.

Masih tak dapat menatap mata…Tak berpeluang merasai pergerakan bayi

Menerusi posting terbaru di Instagram Dayah Bakar, pengacara berkenaan ada memuat naik beberapa gambar serta video sebaknya sehingga meraih lebih 200 ribu jumlah tontonan. Dek kerana rasa kerinduan yang tidak pernah pudar, dia sempat menyunting gambar seolah-olah sedang berhadapan dan menatap wajah suaminya. Video berkenaan bertambah sebak dengan kapsyen panjang yang cukup bermakna. Menerima perpisahan sementara itu dengan hati yang ikhlas, Dayah meminta doa orang ramai agar urusan bersalinnya dipermudahkan kelak.

Sumber : Instagram Dayah Bakar

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Sosial Media!!
Facebook – Madara Army
Youtube channel – Madara Amry