Allahu, Kes Bu̷ang B̷ayi Semakin Kritikal, Kali Ini Terapung Dalam Loji Pembentungan Pula

Kes Bu4ng B4yi Semakin Kritikal, Kali Ini Terapung Dalam Loji Pembentungan Pula | Sejak kebelakangan ini, hampir setiap hari berlakunya masalah pembuangan bayi. Isu ini boleh berlaku mungkin kerana ibu bapa terlalu sibuk sehingga mengabaikan anak yang semakin terjurus dalam dosa. Kali ini bagaikan mengulangi tragedi lepas, janin bayi lelaki pula ditemukan.

Ditemui terapung dalam loji pembentung oleh seorang pekerja

Memetik laporan Sinar Harian, janin tersebut dijumpai terapung dalam sebuah loji sebuah syarikat pembentungan dan pengurusan sisa kumbahan di Damansara Damai. Jasad kecil itu ditemui oleh seorang pekerja syarikat berkenaan sebelum melaporkan kepada pihak berkuasa. Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh, pihaknya menerima laporan terbabit sekitar jam 3:15 petang dan mereka mengambil masa kira-kira 5 minit untuk mengeluarkan janin terbabit.

Dihantar ke pusat perubatan untuk pemeriksaan selanjutnya

Jasad kecil itu kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya memaklumkan bahawa janin cukup sifat terbabit telah dihantarkan ke pusat perubatan Sungai Buloh untuk mengenal pasti usia serta punca kematiannya.

Dah lama tak dengar isu buang bayi, entah kenapa kebelakangan ni makin banyak pula

Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terkilan dan bimbang dengan isu ini. Menurut mereka, masalah buang ini sudah lama tidak didengari tetapi semakin menjadi-jadi pula sepanjang tempoh PKPP ini.

Sumber: FB Sinar Harian
Kredit; Erinsakura

Don’t Foget To Follow Fanpage And Subs Youtube Channel Admin
Facebook – Madara Army
Youtube channel – Madara Amry

Baca lagi artikel manfaat dibawah

1. Rasulullah pernah berpesan bahawa setiap suap yang diberikan oleh suami kepada isteri akan mendapat ganjaran di sisi Allah. Sabda Nabi:

وَلَسْتَ تُنْفِقُ نَفَقَةً تَبْتَغِى بِهَا وَجْهَ اللَّهِ إِلاَّ أُجِرْتَ بِهَا حَتَّى اللُّقْمَةُ تَجْعَلُهَا فِي فِيّ امْرَأَتِكَ

“Dan tidaklah kamu memberikan nafkah dalam mencari keredhaan Allah melainkan semuanya akan dibalas dengan pahala. Sehinggakan setiap suap yang disuapkan ke dalam mulut isterimu (juga akan diberi pahala). (HR Muslim).

2. Malah membelikan hadiah buat isteri juga dianggap sebagai amalan yang terpuji. Sadina Amru ibn Umayyah pernah membeli sepasang kain. Seorang sahabat bertanya, apa yang kamu lakukan kepada kain tersebut. Amru lalu menjawab:

تصدقت به عَلَى سخيلة بنت عبيدة ، وكانت امرأته ، وَقَالَ : سمعت رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يقول فِي الصدقة : ” الصدقة عَلَى الأهل صدقة

“Aku telah hadiahkannya kepada isteriku Sukhailah bint Ubaydah dan dia berkata: Aku mendengar Rasulullah bersabda: Sesungguhnya sedekah (hadiah) kamu kepada ahli keluargamu akan diganjari pahala sedekah. (HR Abu Ya’la).

3. Ini kerana duit yang diusahakan untuk menyara sebuah keluarga mereka adalah sebaik-baik nafkah di jalan Allah. Sabda Rasulullah:

أَفْضَلُ دِينَارٍ يُنْفِقُهُ الرَّجُلُ دِينَارٌ يُنْفِقُهُ عَلَى عِيَالِهِ

“Sebaik-baik dinar adalah dinar yang digunakan sebagai nafkah buat menyara keluarganya” (HR al-Bukhari).

Justeru, berusahalah menyara keluarga dan berilah hadiah buat isteri. Sesungguhnya ia adalah perkara yang dipuji Allah dan Rasul.

Sumber; Dr Ahmad Sanusi