Allahu Tergamak Berlakon Cari Isteri Hilang, Rupanya Suami Jerut Pensyarah, Disyaki Ada Skandal Wanita Lain

Allahu Tergamak Berlakon Cari Isteri Hilang, Rupanya Suami Jerut Pensyarah, Disyaki Ada Skandal Wanita Lain | Suami tak berhati perut, itulah tanggapan yang diberikan oleh netizen terhadap suspek yang tergamak ‘membuang’ jasad isterinya di tasik PKNS Pinggiran Cyberjaya, Dengkil. Gara-gara tak boleh menerima hakikat bahawa pensyarah UIA berkenaan memfailkan pengesahan perpisahan, suaminya telah bertindak menjerut leher wanita terbabit menggunakan tudungm pada Khamis lepas.

Konon cari isteri hilang dengan anak…hanya taktik lakonan suami kaburkan pihak berkuasa

Siapa sangka, suspek berusia 41 tahun berkenaan turut berpura-pura mencari isterinya bersama anak perempuan mereka yang berusia 14 tahun selepas mencabut nyawanya. Dia kemudian telah menghubungi Mers 999 sambil mendakwa telah menemui Profesor Madya Dr Maizatulniza Othman dalam keadaan tak sedarkan diri pada jam 1.04 pagi. Walaupun tak positif bahan terlarang, lelaki yang bekerja sebagai sukarelawan NGO terbabit disyaki telah melakukan jenayah berkenaan di Taman Mas, Putra Perdana, Sepang.

Suspek dipercayai selingkuh…ada jalin hubungan dengan skandal wanita lain

Menerusi laporan terbaru Harian Metro pula, Ketua Polis Daerah Sepang memaklumkan bahawa suspek tersebut didapati menjalinkan hubungan dengan wanita lain dan selingkuh terhadap isterinya sebelum kejadian itu berlaku. Dalam pada itu, khidmat Pasukan Polis Marin (PPM) turut digunakan bagi mencari sebuah telefon bimbit yang telah dibuang olehnya ke dalam tasik di Taman Putra Perdana, Dengkil bagi membantu siasatan lanjut.

Sumber: Harian Metro

Don’t Foget To Follow Fanpage And Subs Youtube Channel Admin
Facebook – Madara Army
Youtube channel – Madara Amry