Allahu Tunjuk Tanda Pelik Malam Jumaat Rupanya Budak 3 Tahun Tercekik Rambutan

Allahu Tunjuk Tanda Pelik Malam Jumaat Rupanya, Budak 3 Tahun Tercekik Rambutan Dikait Bapa | Tidak dinafikan, kanak-kanak yang masih kecil biasanya gemar meneroka secara bersendirian. Terutama jika mereka baru mula berjalan atau merangkak. Jadi apa sahaja yang berada di depan matanya pasti akan dimasukkan ke dalam mulut sehingga menyebabkan mereka tercekik. Hal yang sama turut menimpa seorang kanak-kanak berusia tiga tahun apabila temui ajal gara-gara tertelan buah rambutan.

Budak 3 tahun tercekik rambutan dikait bapa sendiri..

Menerusi laporan Harian Metro, Muhammad Hakim Amsyar temui ajal selepas tercekik rambutan di rumahnya di Bukit Selambau, Baling pada 3 Julai lalu. Dalam kejadian berlaku kira-kira jam 5 petang itu, kanak-kanak berkenaan dikatakan makan rambutan yang dikait oleh bapanya.

Tak sedar bila dia ambil rambutan & mengupas sendiri sehingga tertelan..

Menurut Mohd Kasturi, ketika kejadian dia bersama ahli keluarga yang lain sedang mengait rambutan manakala Allahyarham Hakim leka bermain dengan abangnya iaitu Mohd Adam Danish. Namun secara tiba-tiba, kanak-kanak itu berlari ke arahnya sambil menjerit serta memegang leher.

Saya tegur pun dia diam tak macam selalu aktif..

Bimbang perkara buruk berlaku, lelaki berusia 28 tahun itu bertindak menepuk belakangnya tetapi tidak berhasil sebelum disahkan tidak bernyawa ketika dalam perjalanan ke klinik berhampiran. Tambah bapa kepada kepada dua anak itu, Allahyarham ada menunjukkan perubahan sikap pada malam Jumaat.

Sumber : Harian Metro

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Sosial Media!!
Facebook – Madara Army
Youtube channel – Madara Amry