Allahuakbar..!Semalam Baru Memeluk Islam, Hari Ni Telah Di Jemput Allah, “Pemergian Yang Amat Di Cemburui”

Rezeki, ajal dan jodoh itu adalah rahsia daripada Allah SWT. Hanya Allah sahaja yang tahu kapan bila pengakhiran seseorang itu, bagaimana pengakhiran seseorang itu.

Manusia tidak ada kuasa untuk mengetahuinya. Sesungguhnya Allah SWT memberi hidayah dan petunjuk kepada manusia melalui pelbagai cara.

Dengan itu setiap insan perlu berusaha untuk mendapatkan hidayah dan petunjuk daripada Allah SWT melalui cara-cara yang telah ditentukan-Nya.

Baru memeluk Islam
Melalui satu perkongsian daripada seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Othman Abu Bakar, satu kematian telah berlaku yang melibatkan jenazah seorang mualaf.

Menurut sumber, lelaki tersebut didakwa meninggal dunia selepas sehari memeluk Islam. Oleh itu, jenazahnya telah pun selamat disemadikan sebagai seorang Muslim.

Semoga syurga tempatnya
Othman turut mendoakan agar jenazah lelaki yang dikenali sebagai Tan Foo Hock ditempatkan di syurga.

Diakhir coretan ringkas tersebut, sumber telah menyatakan bahawa tidak siapa yang mengetahui kesudahan hidup seseorang seperti yang terjadi kepada saudara baru kita itu.

Sehubungan dengan muat naik terbabit, rata-rata warganet telah menzahirkan ucapan takziah diatas pemergian mualaf itu yang pulang bertemu Penciptanya di bulan mulia.

Mereka juga mengagumi kebesaran Allah dengan apa yang telah terjadi dalam kalangan masyarakat kita sendiri.

Alhamdulillah, pastinya syurga buat beliau

Pengakhiran yang baik. Inn shaa Allah

Seperti bayi baru lahir…

Ikuti perkongsian tersebut di bawah :

Sumber Othman Abu Bakar, OMM

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu. . insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini