Anak Rebutkan Harta Peninggalan, Ibu Kecewa Sampai Enggan Halalkan Air Susu

PILU Anak Rebutkan Harta Peninggalan, Ibu Kecewa Sampai Enggan Halalkan Air Susu | Soal pembahagian harta sering menjadi topik ‘hangat’ dalam setiap keluarga. Tanpa pengurusan yang telus atau berdasarkan nafsu semata-mata, keluarga boleh berpecah belah. Samalah juga dengan situasi yang dihadapi oleh ibu dan anak di Indonesia baru-baru ini.

Tak halalkan air susu, kecewa anak rebutkan harta peninggalan

Memetik laporan Harian Metro, Praya Tiningsih meluahkan rasa sedih dan menuntut bayaran air susunya daripada anak gara-gara merebutkan harta peninggalan Alalhyarham suami. Hal ini kerana, anaknya iaitu Rully Wijayanto dikatakan menuntut pembahagian aset tersebut yang membabitkan tanah seluas 4.2 ekar, rumah serta duit pencen.

Anak mahukan tanah & wang pencen, tapi ditolak sebab wasiat suami

Meskipun Rully sudah menyediakan 4 perkara dalam konsep perdamaian, wanita kelahiran Lombok tengah ini tetap menolak kesemuanya. Bahkan soal pemilikan tanah turut ditolak kerana Allahyarham suaminya mewasiatkan supaya ia tidak dibahagikan. Wanita berusia 52 tahun tersebut turut menolak perkara keempat mengenai pencen suaminya kerana berasakan dia lebih berhak untuk mendapatkannya.

Bimbang ada orang luar akan tuntut, hanya ingin mengetahui haknya sahaja

Mengulas lanjut mengenai sengketa bersama ibunya, Rully sebenarnya bimbang jika ada pihak luar yang ingin mengambil kesempatan terhadap harta pusaka keluarganya. Lelaki berusia 32 tahun malah menegaskan bahawa dia tiada niat pun untuk menjual sebarangan sebaliknya, cuma ingin mengetahui haknya dalam pembahagian aset tersebut.

Sumber: FB Harian Metro, Tribun News

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share resepi korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Sosial Media!!
Facebook – Madara Army
Youtube channel – Madara Amry