Anak Takut Tiap Kali Dihantar Ke Pengasuh, Mak Ayah Terkilan Tahu Kisah Sebenar

Rupanya Anak Takut Tiap Kali Dihantar Ke Pengasuh, Mak Ayah Terkilan Tahu Kisah Sebenar | Memandangkan kebanyakan ibu bapa masa kini sibuk dengan kerjaya masing-masing membuatkan mereka tiada pilihan selain menggunakan khidmat pengasuh. Dalam masa sama, ibu ayah pasti risau mengenangkan nasib anak mereka apalagi saat mendengar berita jenay4h berkaitan pengasuh yang dilap0rkan pihak media. Bagi seorang ibu ini, rasa paranoid dalam diri sekan menjadi realiti apabila anaknya berhadapan situasi sama.

Mak ayah tergamam lepas dapat tahu anak dikasari peng4suh dipercayai..

Menerusi posting di Facebook Dr Redza Zainol, beliau tampil berkongsi insiden meruntun jiwa yang telah menimpa salah seorang kenalannya. Difahamkan, pengasuh terbabit tergamak mencubit bayi berkenaan gara-gara bengang dengan kenakalannya. Bagaimanapun, kedua-dua mereka hanya mengetahui akan hal tersebut selepas mendapati beberapa kesan di badan seolah-olah telah dikasari.

Anak banyak termenung, lepas bersemuka baru tahu perkara sebenar..

Malah bayi berkenaan turut menunjukkan perubahan sikap di mana sering termenung selain menjadi pendiam. Melihat keadaan si anak, mereka mula berasa tidak sedap hati dan memutuskan untuk bertanyakan perkara itu kepada pengasuh berkenaan sebelum segalanya terbongkar.

Kuat memberontak & takut setiap kali dihantar ke pusat asuhan..

Dalam pada itu, pakar ini turut berkongsikan tanda awal kemungkinan bayi telah dikasari di pusat asuhan. Antaranya, si kecil akan dihantui mimpi buruk sehingga mengganggu tidur mereka. Di samping menunjukkan perubahan sikap, mereka juga menjadi takut setiap kali dihantar di pusat asuhan kerana bimbang ditinggalkan bersendirian.

Sumber : Facebook Redza Zainol

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share resepi korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini