[Video] Meng̷ejutkan Apabila Rover Milik China Di Bulan Rak̷am Satu Obj̷ek An̷eh. Rakam̷an Ters̷ebut Dided̷ahkan

Sebuah ‘pondok misteri’ yang dikesan di permukaan Bulan oleh kenderaan jelajah rover milik China telah menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pakar-pakar angkasa lepas, lapor akhbar Daily Star semalam.

Rover Yutu-2 merakam imej objek berbentuk kiub itu 79 meter di sebuah lokasi di sisi gelap Bulan.

Rover Yutu-2 telah merakam satu objek berbentuk kiub di atas permukaan bulan. – AFP via Getty Images

Pentadbiran Angkasa Lepas Negara China, Our Space menyifatkan imej itu sebagai ‘pondok misteri’.

“Kami mempunyai perkembangan dari Yutu-2 di bahagian hujung Bulan, termasuk sebuah kiub yang terletak kira-kira 80 meter dari rover berkenaan di kawah Von Kármán,” kata wartawan, Andrew Jones.

Penemuan terbaharu itu berlaku ketika persaingan angkasa lepas antara Amerika Syarikat dan China semakin hangat selepas seorang saintis terkemuka China berkata, negaranya akan menghantar angkasawannya ke Bulan buat kali pertama sebelum 2030.

Video:

KOMEN NETIZEN:

Seperti biasa netizen akan meninggalkan komen komen yang agak lucu bila ada perkara pelik begini berlaku.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share resepi korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Sumber : Kosmo Online | Via awatttsyeikhh