Badan Panas & Mata Tiba-Tiba Tertutup, Ibu Panik Dapat Tahu Anak Kena Sawan

Konon Badan Panas & Mata Tiba-Tiba Tertutup, Ibu Panik Dapat Tahu Anak Kena Sawan | Apabila anak dilanda masalah kesihatan, kebanyakan ibu bapa pasti tidak keruan mengenangkan pengalaman ngeri itu terutamanya apabila ia berlaku secara tiba-tiba. Mungkin bagi orang dewasa, gejala tersebut mungkin boleh menyebabkan seseorang berasa tidak selesa selain menjejaskan urusan harian. Namun sebaliknya, bagi anak-anak yang masih dalam proses membina imunasi serta antibodi.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share resepi korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Anak dari aktif tiba-tiba jatuh demam, habis semua menggeletar & suhu badan makin tinggi

Di Facebook, seorang wanita bernama Rehan Mohdnoor telah berkongsi kisah meruntun jiwa mengenai anaknya yang dikatakan tiba-tiba jatuh demam. Bimbang dengan keadaannya, anak lelaki tersebut terus dibawa ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Namun menjelang waktu petang, lain pula jadinya apabila seluruh badan si kecil berkenaan mula menggeletar.

Masa dalam ambulance, tiba-tiba matanya tertutup walaupun dah beberapa kali dikejutkan..

Panik melihat keadaan anaknya, dia lantas mengelap badan dengan air sehingga suhu badan turut semula. Lebih menakutkan lagi apabila kanak-kanak berusia 2 tahun itu tidak menunjukkan sebarang respon meskipun beberapa kali dikejutkan. Siapa sangka, sebaik sahaja diperiksa, si kecil berkenaan rupa-rupanya menghidap sawan dan doktor turut berpesan agar tidak panik jika kejadian berulang lagi selepas ini.

Sumber : Rehan Mohdnoor via Facebook Kelab Ibu Mengandung Malaysia

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Sosial Media!!
Facebook – Madara Army
Youtube channel – Madara Amry

_________

Baca lagi artikel menarik dibawah

1. Rasulullah pernah berpesan bahawa setiap suap yang diberikan oleh suami kepada isteri akan mendapat ganjaran di sisi Allah. Sabda Nabi:

وَلَسْتَ تُنْفِقُ نَفَقَةً تَبْتَغِى بِهَا وَجْهَ اللَّهِ إِلاَّ أُجِرْتَ بِهَا حَتَّى اللُّقْمَةُ تَجْعَلُهَا فِي فِيّ امْرَأَتِكَ

“Dan tidaklah kamu memberikan nafkah dalam mencari keredhaan Allah melainkan semuanya akan dibalas dengan pahala. Sehinggakan setiap suap yang disuapkan ke dalam mulut isterimu (juga akan diberi pahala). (HR Muslim).

2. Malah membelikan hadiah buat isteri juga dianggap sebagai amalan yang terpuji. Sadina Amru ibn Umayyah pernah membeli sepasang kain. Seorang sahabat bertanya, apa yang kamu lakukan kepada kain tersebut. Amru lalu menjawab:

تصدقت به عَلَى سخيلة بنت عبيدة ، وكانت امرأته ، وَقَالَ : سمعت رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يقول فِي الصدقة : ” الصدقة عَلَى الأهل صدقة

“Aku telah hadiahkannya kepada isteriku Sukhailah bint Ubaydah dan dia berkata: Aku mendengar Rasulullah bersabda: Sesungguhnya sedekah (hadiah) kamu kepada ahli keluargamu akan diganjari pahala sedekah. (HR Abu Ya’la).

3. Ini kerana duit yang diusahakan untuk menyara sebuah keluarga mereka adalah sebaik-baik nafkah di jalan Allah. Sabda Rasulullah:

أَفْضَلُ دِينَارٍ يُنْفِقُهُ الرَّجُلُ دِينَارٌ يُنْفِقُهُ عَلَى عِيَالِهِ

“Sebaik-baik dinar adalah dinar yang digunakan sebagai nafkah buat menyara keluarganya” (HR al-Bukhari).

Justeru, berusahalah menyara keluarga dan berilah hadiah buat isteri. Sesungguhnya ia adalah perkara yang dipuji Allah dan Rasul.

Sumber; Dr Ahmad Sanusi