Baru 1 J̷am Tuk̷ar Hak Milik, ‘Orang Tengah’ Pandu Nissan Skyline GTT R34 Langgar Pokok

Kisah pemilik tidak sempat memandu kereta baru akibat keretanya mengalami kemaIangan bukanlah satu perkara yang asing lagi dikalangan kita. Sebelum ini melibatkan sebuah Proton X50 dan Mercedes-AMG E43 yang dipandu oleh orang lain.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share resepi korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Pada petang semalam, tuIar beberapa keping gambar menunjukkan sebuah Nissan Skyline GTT R34 hanc0r ter0k setelah meIanggar sebatang pokok di satu kawasan di Johor.

Difahamkan sewaktu kejadian, pemandu yang membawa kereta tersebut merupakan ‘orang tengah’ yang menguruskan proses jual beli di antara pemilik lama dan pemilik baru kereta tersebut.

Menurut hantaran Facebook pemilik lama kereta tersebut, beliau sudah selesai menjual keretanya kepada pemilik baru dengan transaksi bayaran penuh dan thumbprint menggunakan e-auto bagi urusan penukaran nama pemilik kereta pada pukul 2.18 petang semalam.

Beliau telah memaklumkan kepada pemilik baru yang kereta tersebut telah diletakkan di rumah ‘orang tengah’ yang telah diberikan kepercayaan oleh pemilik baru bagi menguruskan keretanya.

Namun selepas 1 jam beliau meninggaIkan kereta tersebut, beliau telah dimaklumkan yang kereta yang baru ditinggalnya kepada ‘orang tengah’ sebentar tadi telah mengalami kemaIangan.

Sejurus menerima berita tersebut, beliau dan rakan-rakannya yang lain bergegas menuju ke tempat kejadian untuk melihat keadaan kemaIangan tersebut. Ternyata rem0k hati beliau apabila melihat keadaan kereta kesayanganya yang dimodifikasi daripada ‘kosong’ telah hanc0r ter0k pada bahagian hadapan akibat ‘melekat’ pada pokok.

“Kenapalah dia (‘orang tengah’) pergi Ianggar pokok, kalau Ianggar tiang lampu mungkin tak seter0k ini,” luah kekecewaan beliau semasa sesi Instagram live dibuat di tempat kejadian semalam.

Terangnya lagi, beliau berasa simpati dengan pemilik baru kerana bukan sahaja tidak sempat untuk memandu kereta barunya, bahkan dia (pemilik baru) tidak pun sempat melihat kereta tersebut di depan matanya sendiri.

Walaubagaimanpun, pemilik lama dan baru serta ‘orang tengah’ bersemuka bagi mendapatkan penjelasan yang lebih jelas mengenai ins!den kemaIangan yang berlaku. Kesemua pihak telah pun bersetuju untuk menyelesai perkara tersebut dengan baik.

Dalam hantaran Facebook pemilik lama kereta tersebut turut ada memberitahu, beliau terpaksa menjual kereta kesayangannya bagi menampung kos-kos beberapa perniagaannya seperti bengkel tayar kereta, restoran makan barat dan sebuah lagi restoran Texas BBQ yang akan dibuka tidak lama lagi.

Beliau turut berharap agar orang ramai dapat mengambil iktibar daripada ins!den kemaIangan yang tuIar ini agar bakal pemilik apa-apa kenderaan serta ‘orang tengah’ sentiasa berwaspada kerana kejadian yang tidak diingini seperti ini boleh berlaku jika tidak cekap untuk mengawal kenderaan tersebut.

Tambah beliau lagi, adalah lebih baik pihak ‘orang tengah’ dan pemilik baru kenderaan menggunakan perkhidmatan tunda kereta bagi memastikan kenderaan tersebut selamat sampai ke destinasi. – Sumber & foto dipetik dari The V0cket, IG Live Hafishazam, Facebook Mohd Hafis

Kredit: Mytv Viral

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share resepi korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini