Baru Ini Viral Remaja Kumpul Duit Jual Kangkung, Berjaya Sambung Diploma Mekatronik

Baru Ini Viral Remaja Kumpul Duit Jual Kangkung, Berjaya Sambung Diploma Mekatronik | Pada zaman sekarang, pelajaran adalah sangat penting bagi menjamin masa depan yang cerah. Ramai anak muda yang berebut-rebut untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi kerana menggangap perkara itu akan membanggakan ibu ayah mereka. Namun, bagi merealisasikan impian tersebut tidak mudah bagi orang yang tidak berkemampuan seperti remaja ini.

Kumpul duit belajar dengan menjual kangkung…hampir putus asa tetapi mendapat sokongan orang lain

Jika tak dipecah ruyung, manakan dapat sagunya. Itulah gambaran remaja yang gigih mencari wang dengan menjual kangkung dengan harapan untuk lanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Semalam, Muhammad Ishkhandar Mokhtar dikhabarkan telah berjaya mencapai hasrat tersebut cita-citanya apabila diterima sambung diploma dalam bidang Kejuteraan Mekatronik. Walaupun pernah berputus asa dahulu, namun sokongan moral orang sekeliling telah banyak membantu merealisasikan lagi impiannya.

Ayah tak lekang beri kata-kata semangat…takkan lepaskan peluang untuk belajar sebaiknya

Pengasas Yayasan Raja Shamri turut banyak membantu dalam persiapannya sebelum mendaftar di Politeknik Kota Bahru. Bukan itu sahaja, anak sulung daripada dua adik beradik berkenaan juga dinasihati oleh ayahnya supaya jangan mudah berputus asa sepanjang belajar. Selain mengejar cita-citanya, Ishkhandar juga tak melepaskan peluang keemasan tersebut untuk membalas jasa ibu bapanya.

Sumber: Portal Harian Metro

Don’t Foget To Follow Fanpage And Subs Youtube Channel Admin
Facebook – Madara Army
Youtube channel – Madara Amry

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share resepi korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini