Berang Dengan Murid Bising, Seorang Guru Tergamak Survh Murid Buat Ni

Seorang guru di Sulawesi Tenggara, Indonesia didakwa memaksa beberapa murid di kelas lain untuk memakan sampah plastik sebagai denda kerana membuat bising di dalam kelas.

Paksa murid makan sampah

Gambar Skadar Hiasan

Kejadian berkenaan berlaku pada Jumaat lalu di mana murid di kelas 3A dilaporkan telah membuat bising kerana guru kelas mereka belum tiba dan ketika itu guru yang dikenali sebagai MS sedang mengajar muridnya di Kelas 4.

Akibat tidak selesa, guru berkenaan bertindak untuk pergi ke kelas 3A untuk menegur murid-murid terbabit supaya tidak membuat bising lagi, namun mereka tidak mendengar kata. Berang tegurannya itu tidak diendahkan, MS kemudiannya kembali ke kelas berkenaan dengan membawa sampah yang diambil dari dalam tong sampah.

Menurut seorang murid di kelas 3A, guru terbabit dikatakan masuk ke dalam kelas dan menutup pintu sebelum memaksa beberapa murid untuk memakan sampah yang dibawa olehnya.

Cikgu tu ambil sampah dan bagi kami sampah. Sampah tu dia ambil dari tong sampah.

Kesal dengan apa yang dilakukan

Gambar Sekadar Hiasan

Walau bagaimanapun, kejadian berkenaan diketahui oleh para ibu bapa dan mereka membuat keputusan untuk melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis.

Difahamkan pihak sekolah telah mengesahkan insiden berkenaan dan sudah memberi teguran kepada guru yang terlibat. Dalam pada itu, MS turut memohon maaf serta berasa kesal dengan apa yang telah dilakukan olehnya.

Kami dah tegur guru berkenaan dan hasil perbincangan dengan ibu bapa murid, guru itu sudah menyesali perbuatannya dan memohon maaf atas apa yang terjadi.

Sumber : Tribun News

Mata anak berkaca di majlis konvo, puncanya terjawab masa sesi luah perasaan dalam kereta… naluri si ibu tepat!

Hawa sedih melihat rakan-rakan lain hadir majlis konvokesyen ditemani kedua ibu bapa mereka.
SETIAP anak pasti ingin melihat kedua ibu dan bapanya hadir di setiap majlis atau peristiwa penting yang melibatkan diri mereka.

Wajah gembira serta penuh kebahagiaan seorang ibu dan bapa apabila melihat anak-anak mereka naik ke pentas kerana kejayaan tertentu pasti akan menambahkan lagi keceriaan si anak.

Namun, tidak semua orang bernasib baik.

Wajah sugul seorang kanak-kanak yang kelihatan termenung apabila melihat rakan-rakannya hadir ke majlis ‘konvokesyen’ tamat tadika bersama kedua ibu bapa mereka baru-baru ini ternyata menyentuh emosi warga maya.

Kanak-kanak berkenaan, Hawa Humaira Mohd Azmi, 6 tahun hanya hadir bersama ibunya.

“Ibu tanya kakak OK ke? Kakak jawab OK, waktu ibu tengok sekeliling ibu, ibu rasa sebak, mesti kakak sedih sebab kawan-kawan kakak ada papa kan?.

“Ibu bangga dengan kakak, kakak anak yang kuat, kakak tak tunjuk yang kakak sedih,” tulis ibu Hawa, Nik Khuzaimah Nik Mohamed, 31, di laman sosialnya.

Bercakap kepada mStar, peniaga laksa yang mesra disapa Nur ini berkata, suaminya meninggal pada 12 Januari 2020 akibat kemalangan motosikal.

Dia yang kini menetap di Kelantan berkata, ketika kejadian anak sulungnya itu baru berusia tiga tahun manakala adiknya, Nur Hasya baru berusia 10 bulan.

Menurut Nur, video yang dikongsikan di laman TikToknya itu dirakam pada 25 Januari lalu.

“Memang masa tengah tunggu orang penuhkan dewan saya perasan dia termenung jauh macam ada sesuatu yang dia tengah fikir.

“Saya tengok mata dia masa tu dah berkaca, bila saya tanya dia OK ke tak, cepat-cepat dia jawab OK sebab memang dia tak suka tengok saya sedih.

“Lepas selesai je konvokesyen masuk kereta baru dia cakap yang dia rindukan papa dia,” cerita Nur.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Suaminya meninggal disebabkan kemalangan motosikal.

Katanya, tidak ada ungkapan yang dapat menggambarkan betapa sedihnya dia apabila anaknya itu meluahkan perasaan.

“Allah je yang tahu perasaan ibu waktu tu macam mana, saya tahan sebak sebab tak nak tunjuk lemah depan anak-anak.

“Sebagai ibu saya nak anak-anak hidup bahagia macam orang lain, dikelilingi orang baik-baik dan menjadi anak yang berjaya suatu hari nanti,” katanya.

Nur dan dua anak-anaknya kini menetap dengan ibu bapanya di Kelantan.

Ibu tunggal itu turut meminta agar orang ramai mendoakan dirinya supaya kuat dan kekal tabah dalam membesarkan anak-anaknya.

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini