Berat Lepaskan Anak Pulang, Rupanya Ini Sebab Ayah Nangis Terduduk Di Lantai

SAYU Berat Lepaskan Anak Pulang, Rupanya Ini Sebab Ayah Nangis Terduduk Di Lantai | Bagi mak ayah yang berjauhan dengan anak , voice call atau video call setiap hari pun tidak cukup untuk mengubati perasaan rindu dan risau. Mungkin begitulah yang dirasakan oleh ibu bapa kepada pengguna Tiktok yang dikenali sebagai Eza ini.

Susah nak lepaskan anak pergi, ayah sampai terduduk di porch

Dalam video berkenaan, ayahnya dilihat sangat beremosi hinggakan terduduk menangis di luar rumah ketika Eza ingin bersalam sebelum pulang. Tak cukup dengan itu, si ibu juga kelihatan begitu berat untuk melepaskan anak perempuannya pergi semasa dikucup beberapa kali di buaian.

@kobis_bulat

syurgaKu..hargai selagi mereka masih ada🙂#syurgaku #ibuku #ayahku #sedih

♬ original sound – KucaiMars – KucaiMarz

@kobis_bulat

syurgaku😊#sedih #kasihsayangibu #ibuku #syurgaku

♬ original sound – ipangiv_ – ipangiv_

Adik bongsu dah ‘pergi’… mereka risau untuk berjauhan

Apabila ada netizen yang menggelar Eza sebagai ‘anak abah’, wanita ini mendedahkan cerita sebenar. Sejak pemergian adiknya sekitar tahun 2015, ibu mereka mengambil masa yang lama untuk memulihkan kembali semangatnya. Malah apabila dia pula mengalami masalah kesihatan sekitar tahun lepas, wanita ini akui tidak tergamak melihat mereka susah hati apabila berjauhan.

@kobis_bulat

semoga tenang disana..akk rindu adik😥#familykami #adikbongsu #kami #syurgaku

♬ Hanya Rindu – Andmesh

Semangat mereka memang pada cahaya mata…semoga tabah tempuhi segala dugaan

Di ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan doa supaya Eza dan keluarganya kekal tabah menghadapi dugaan yang mendatang. Di samping itu, mereka turut meluahkan rasa sedih serta memahami bahawa zuriat masing-masing merupakan semangat mak dan ayah sejak detik dilahirkan lagi.

Sumber: TikTok eza

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share resepi korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Sosial Media!!
Facebook – Madara Army
Youtube channel – Madara Amry