Berbul̷an-bulan tak jumpa mak ayah akibat PKP, gadis m4ut kemaIangan ketika cari rezeki di perantauan

DUA hari lepas, seorang gadis bernama Zarra Nuraliza maut selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Cyberjaya.

Difahamkan, mangsa bekerja di butik pakaian di sebuah pasaraya Cyberjaya.

Namun, sejak pelaksanaan PKP 3.0, butik tempat dia bekerja tidak dapat beroperasi menyebabkan Zarra terpaksa mencari rezeki sebagai penghantar makanan Foodpanda.

Gadis yang berasal dari Poko Sena, Kedah ini terpaksa meninggalkan kedua-dua orang tuanya di kampung demi mencari sesuap rezeki di ibu kota.

Arwah yang mengalami kecederaan parah akibat daripada kemalangan tersebut menghembuskan nafas yang terakhir ketika menerima rawatan di Hospital Putrajaya.

Apa yang menyayat hati, jenazah Zarra tidak dapat dihantar pulang ke pangkuan keluarganya dan akan dikebumkan di Tanah Perkuburan Presint 20, PutraJaya.

Dalam suasana PKP ini sudah pasti kejadian yang menimpa arwah meruntun hati sesiapa sahaja bukan sahaja ahli keluarga malah netizen di media sosial.

Menurut mak Zarra dalam nada sebak, sudah dijanjikan pusara anaknya di perantauan dan jauh daripada keluarga.

Semoga roh Zarra Nuraliza dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalanga orang-orang yang beriman. Al-Fatihah..

UPDATE: Atas usaha pertubuhan Amal Team, jenazah Adik Zarra akhirnya dapat dihantar di kampung halamannya di Pokok Sena, Kedah. Terima kasih kepada semua pihak yang membantu menguruskan jenazah Allahyarhamah.

Kredit: wowberita

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share resepi korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini