Berk̷ecai 0tak, Se0rang Remaja Terg4mak Buaang Bayii Dari Tiingkat 13

Seorang Remaja Tergamak Buang Bayi Dari Tingkat 13  Seakan-akan hilang pertimbangan diri. Itulah ungkapan yang sesuai untuk mengambarkan situasi di mana seorang remaja sanggup membuang bayi perempuannya dari tingkat 13 sebuah apartment di Farlim, Georgetown. Gara-gara mahu menutup kesalahan diri, remaja berusia 18 tahun itu nekad membuang zuriatnya sendiri.

Dibuang dari tingkat 13, waktu itu ibu bapa remaja berkenaan ada di rumah

Menerusi laporan Berita Harian, ibu muda berkenaan turut merahsiakan tempoh kehamilan tersebut daripada pengetahuan ahli keluarga. Malah ketika kejadian berlaku sekitar awal pagi tadi, kedua-dua orang tua gadis berkenaan dipercayai berada di rumah.

Jasad bayi masih bertali pusat ditemui penduduk setempat

Dek kerana terlalu panik dengan kelahiran tersebut, remaja berkenaan membuang bayinya yang masih bertali pusat melalui balkoni. Jasad si kecil berkenaan bagaimanapun ditemui oleh salah seorang penduduk setempat setelah mendengar bunyi kuat semasa dalam perjalanan ke tempat kerja.

Kejadian kedua berlaku, sebelum ini bayi dibuang dari tingkat 4 rumah flat

Sementara itu, pihak berkuasa Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Soffian Santong turut mengesahkan kejadian terbabit dan siasatan masih dijalankan. Menurut beliau, ia merupakan kejadian kedua berlaku di negeri itu dalam tempoh dua bulan apabila seorang bayi perempuan ditemui dalam keadaan bernyawa selepas dibuang oleh ibunya dari tingkat empat sebuah flat pada 15 Mei lalu.

Sumber : Berita Harian

Don’t Foget To Follow Fanpage And Subs Youtube Channel Admin
Facebook – Madara Army
Youtube channel – Madara Amry

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share resepi korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini