“Biar Or̷ang Bu̷at Kita…” Aaron Aziz Makan At̷as Tong Samp̷ah! ‘Dia tak tau lagi siapa m̷alek agakny̷a’

Kegagalan sebuah produksi menjaga kebajikan artis jemputan sewaktu penggambaran menjadi perhatian wargam

ya ketika ini susulan perkongsian Aaron Aziz di laman Instagram.

Baru-baru ini, Datuk Aaron Aziz menerusi satu hantaran video di Instagram miliknya curi tumpuan ramai pihak apabila menjamah sebungkus makanan di atas tong sampah bewarna kuning.

Meskipun tidak didedahkan secara terperinci butirannya, namun situasi itu dipercayai berlaku semasa bintang filem ‘KL Gangster’ ini diundang ke sebuah program TV.

“Mustahil tak tahu….”

Menerusi kapsyen, beliau tidak menyalahkan sebarang pihak kerana mungkin ia diuruskan oleh team baru.

Namun apa yang buatkan Datuk Aaron Aziz terkilan adalah cuma dirinya sahaja yang tidak diberikan sebuah ruang rehat khas.

Sementara artis-artis undangan lain bukan saja diberikan bilik, malah siap ada tertera nama masing-masing lagi.

Susulanperkongsian, rakan artis terus menerus membanjiri ruangan komen dengan beranggapan bahawa tindakan itu sangatlah keterlaluan dan tidak beradab.

Rata-rata mereka menyatakan situasi itu tidak wajar berlaku kerana setiap tetamu perlu dihormati. Walau bagaimanapun, sikap sabar Datuk Aaron Aziz yang rileks jamah makanan di tempat sedemikian tetap dipuji ramai.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2 korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Sumber : aarondwiaziz / malaysiatimes / lawaksantai