Bila Ditanya Siapa Yang Potongkan Buah, Terus Terdiam.. Kisah Budak Bersongkok Jual Mangga

Dalam menghadapi zaman pandemik sekarang, bukan sahaja orang dewasa saja, kanak-kanak pun ada yang sudah mula berniaga secara kecil-kecilan demi meneruskan kelangsungan hidup.

Malah mereka banyak berk0rban tanpa merasai peluang yang dinikmati oleh kebanyakan kanak-kanak lain yang seusia.

Jika tidak berniaga, tiadalah duit, mungkin itu yang terdetik di hati kecil mereka.

Seperti satu perk0ngsian oleh seorang guru yang menceritakan pengalamannya didatangi oleh seorang kanak-kanak yang bersongkok ketika makan malam di sebuah restoran.

“Assalamualaikum bang, belilah buah mangga saya… Tot tet, tot tet dia promosi beli buah mangga pot0ng.

“Biasanya kalau ada budak datang jual barang, biasanya saya akan bual dengan dia dulu sebelum beli. Datang dari mana dik?

“Jauh tu dik! Saya macam terperanjat dengan jawapan dia sebab tempat yang dia beritahu tu agak jauh dari kawasan tempat saya makan ni,” tulis guru berkenaan di laman Facebook Muhammad Yusof.

Satu demi satu soalan ditanya guru berkenaan atas rasa ingin tahu terhadap kanak-kanak yang rajin mencari rezeki ketika rakan-rakan sebayanya sedang berehat di rumah.

“Datang dengan siapa? Datang dengan ayah. Naik apa? Jauh rumah tu dik? Naik motor.

“Masa tu risau juga saya dengan musim-musim hujan ni naik motor,” ujar Muhammad Yusof.

Soalan mengenai siapa yang memot0ng mangga membuatkan kanak-kanak itu terdiam.

Namun, soalan berikutnya membuatkan kanak-kanak yang petah bercakap itu terus senyap tanpa sebarang kata.

“Siapa pot0ng mangga ni dik? Mak yang pot0ng ke? Dia yang tadi tot tet, tot tet bercakap terus senyap. Perlahan dia beritahu mak saya dah men!nggal bang, kena sak!t kan.ser.

“Allahu, kasihan adik ni. Muda-muda lagi dah diuji macam ni dik,” katanya yang kemudian mengubah topik perbualan dengan membeli mangga pot0ng yang dijual kanak-kanak itu.

Menurut Muhammad Yusof, kanak-kanak itu tidak lagi banyak bercakap selepas itu, sebaliknya hanya mendiamkan diri.

“Teringat kat arwh mak agaknya. Saya macam bersalah juga masa tu. Saya bagi duit lebih sikit kat dia, buat duit belanja. Barulah dia senyum sikit.

“Sebelum dia balik, saya tanya dia. Lepas ni nak pergi mana dik? Dia jawab saya nak pegi sembahyang Isyak dulu bang. Cikgu kat sekolah pesan jangan tinggal sembahyang.

“Ayah pesan tunggu kat surau depan sana. Dia pun jual mangga sama, nak cari duit bang,” katanya yang mengimbas kembali perbualannya bersama kanak-kanak itu.

Situasi itu ternyata menyentuh perasaan Muhammad Yusof, apatah dia sendiri bergelar pendidik.

“Sebagai seorang cikgu, hati saya sangat tersentuh hari ni. Walaupun diuji dengan kesusahan, tapi pesan cikgu dia tak lupa.

“Saya kadang-kadang nak marah juga bila pagi-pagi buat kelas tapi yang masuk berapa kerat je. Kita mungkin tak tahu di sebalik kisah budak-budak semasa pandemik ni, mungkin ada yang malam-malam kerja part time basuh pinggan atau tol0ng jadi runner makanan yang mak mereka masak sebab nak tambah pendapatan keluarga, kita pun tak tahukan.

“Saya doakan budak ni akan jadi someone special satu hari nanti. Moga dia jadi insan yang berjaya dunia dan akhirat,” katanya.

Rata-rata warganet amat tersentuh hati dengan perk0ngsian lelaki tersebut dan mendoakan agar adik itu senantiasa dimurahkan rezeki. – Sumber dipetik dari Yoy Network, Facebook Muhammad Yusof.

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu. . insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini