“C̷ikgu-c̷ikgu lelaki dan guru bes̷ar pun k̷alut satu sekolah dah macam bin̷i diorang nak ber̷anak hehe” Satu Sekolah Kecoh, Staf T̷iba-Tiba Nak Bersal̷in

“Cikgu-cikgu lelaki dan guru besar pun kalut satu sekolah dah macam bini diorang nak beranak hehe” Satu Sekolah Kecoh, Staf Tiba-Tiba Nak Bersalin

Seorang guru di Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang menceritakan pengalaman berharga menjadi bidan terjun kepada seorang staf yang hendak bersalin.

Menerusi perkongsian di Facebook itu, Puan Norazira Zikir memaklumkan apa yang dilalui mereka hari itu adalah sesuatu yang tidak dapat dilupakan.

Mana tidaknya keadaan menjadi kelam kabut sebaik sahaja staf Pembantu Pengurusan Murid (ppm) memaklumkan rasa sakit untuk bersalin.

Sis punya kelam kabut tak boleh nak bincang bila ppm sis bagitau dia rasa macam nak bersalin. Terus lari naik pejabat minta kerani call 999. Ambulan pulak lambat.

Ppm sis dah jerit-jerit tak tahan sakit. Lepas tu air ketuban pulak dah pecah. Memang tak boleh tunggu dah ni. Dia kata baby nak keluar sangat dah.

Dalam keadaan cemas, guru-guru berlari satu sekolah bertanya siapa yang berani sambut kelahiran bayi. Nasib baiklah ada seorang pengawal keselamatan wanita yang tenang dan membantu proses kelahiran.

Ramai mak-mak angkat yang sambut dia hehe. Cikgu-cikgu lelaki dan guru besar pun kalut satu sekolah dah macam bini diorang nak beranak hehe. Semua tak sabar nak tengok baby. Alhamdulillah ustaz iqamahkan baby girl kami ni.

Dengan penuh rasa syukur, bayi akhirnya selamat dilahirkan dengan mudah. Ibu bayi juga berada dalam keadaan stabil. Sementara menunggu ambulan sampai, mereka memandikan dan mencuci bayi menggunakan besen yang ada sahaja.

Fuh, memang lain macam pengalaman ini kan? Didoakan bayi menjadi seorang anak yang solehah buat kedua ibu bapanya.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share resepi korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Kredit: Facebook Norazira Zikir

sumber: ohmedia