C1kgu Meng4lirkan Air M4ta Selep4s Baca K4rangan Mur1d Sek0lahnya

Karangan Budak Sekolah Ini Buatkan Cikgu Menangis Tersentuh Hati. Tersentuh hati penulis apabila membaca karangan Adik Nik Nur Kamelia Nik Mohd Iruan 11 tahun dari Kampung Pulau Kapas Demit Kubang Kerian Kelantan ini. Semoga anak-anak keluarga ini berjaya di dunia dan akhirat. Untuk Info,kisah ini ditulis beberapa tahun lepas.Cikgu Mengalirkan Air Mata Selepas Baca Karangan Murid Sekolahnya

Saya orang miskin, saya selalu bawa duit RM1 sehari. Kalau ada (kelas) Fardu Ain, saya bawa RM2. Ayah saya pula kerja buat rumah batu dan ayah selalu berhutang dengan orang.

Kalau ayah saya dapat gaji, ayah saya bayar hutang orang lain sampai saya dan keluarga tak dapat makan.

Kalau saya tak dapat makan, saya dan adik saya pergi cari ubi kayu.
Kadang-kadang saya tak dapat makan ubi kayu, saya bagi adik. Saya tak makan pun tak pe.

Itu antara bait ayat yang dikarang Nik Nur Kamelia Nik Mohd Iruan, 11, ketika diminta guru bahasa Inggeris sekolahnya menulis karangan mengenai ‘Myself’ pada hari kedua persekolahan.

Karangan menyentuh hati itu ditulis murid tahun lima Sekolah Kebangsaan Demit, Kota Bharu berkenaan dalam bahasa Melayu kerana mendakwa tidak tahu menulis dalam bahasa Inggeris.

Kita perlu sedar, bahawasanya kita tidak senantiasa mendapat langit yang cerah, apabila mendung berarak kembali, hujan mencucuri diselang-selikan dengan guruh berdentum, boleh diibaratkan seperti roda di atas bila-bila masa sahaja boleh merudum di dasar jalanan.

Cikgu Mengalirkan Air Mata Selepas Baca Karangan Murid Sekolahnya

Tersentuh hati bila baca karangan ini. Jika kita rasa keluarga kita susah,tapi sebenarnya ada lagi susah daripada kita. Bersyukurlah dengan kehidupan kita.

Terpulang bagaimana cara kita bersyukur,dengan cara memberi atau berkongsi rezeki dengan orang lain juga adalah salah satu bentuk cara bersyukur. Semoga kita saling prihatin dengan kesusahan masyarakat sekelilingan menghulurkan bantuan sekadar mengikut kemampuan kita.

Ingatlah wahai sahabat, janji Allah, rezeki tidak akan berkurang dengan bersedekah malah akan ditambah dengan Allah. Dengan cara ini nasib masyarakat seperti adik ini akan terbela. Semoga adik ini serta keluargannya terus sabar dan diberi jalan rezeki Allah yang lebih baik akan datang. Amin

Semoga bermanfaat.

0rder 2 Ketul Ay4m, Bila Rider Smpai, Terus Rasa Serba S4lah Pl4nggan Ni Tng0k Siapa Yg Hntar

Bukan semua orang hidup bernasib baik mempunyai kehidupan selesa dan mewah. Kalau sebelum ini, kisah rider Lazada dan Grab Food berjaya menyentuh hati ramai orang apabila dia bekerja siang dan malam demi menyara keluarganya.

Kali ini, seorang individu kongsi pula kisah rider Food Panda kurang upaya yang gigih bekerja demi meneruskan kehidupan. Bayangkan dengan keadaan kaki yang terhincut-hincut, namun masih tetap bekerja menghantar makanan yang dipesan orang ramai. Sebaknya!

Order foodpanda sebab malas keluar

Nak buat story sikit

Macam biasalah time weekend je, malas nak turun bawah cari makan, duduk Flat ni tingkat dia bukan kaleng2 14 tau. Terdetik dihati, ketik ketik terus sampai, apa tu? Tak foodpanda, grab food tu je lah, sebab musim sekarang ni jarang makan nasi, so tergerak hati nak order mcd, mcd area danau kota ade je, tapi close order awal sgt, so terpaksa order mcd jauh sikit mcd bhp melawati, lebih kurang 45 minit mcm tu.

Mcd tu order biase2 je ala carte, sebab nak makan dan malas nak turun kat bawah, so kena tunggu je lah. Tunggu punya tunggu, akhirnya sampai lah Abe foodpanda kat bawah tu tunggu lif, sebelum tu dia call dulu, nak confirmation kan, kan tersilap Block menangis tak berlagu sebab sy punya rumah Block E. Lepas tu, Abe foodpanda call kali ke 2.

Rasa sedih dan simpati

F : Bang, bang duk tingkat berapa? Sebab sekarang ni saya duk tingkat 13.

Aku : kito duk tikak (tingkat) 14 boh! Boh cari nomor rumoh 12 deh lik kiri hujung sekali (bahasa Kelantan)

F: laa ye ke? Jadi saya kena naik tangga lagi satu la ni, takpe-takpe tunggu jap bang

Aku: ehh takpe je..

Nak dijadikan cerita, sampai la Abe foodpanda tu depan pintu rumah aku, aku terkejut kot, dengan serba kedaifan nya, kekurangan anggota semata mata nak hantar punya makanan just 2 ketul ayam kot

F: sorry bang lambat sikit, masalah lif kat bawah tadi.

Aku : ehh takpo bey, biaso lah tu.

F: Abang tadi order mcd kan, semua rm11. 89

Aku: jap ea.

Aku pergi amik duit, dan terdetik rasa sebak, pilu, terharu sedih tengok Abe tu, just aku bagi lebih kat dia (bukan riak tau, sebab rasa simpati dan niat nak bersedekah)

F : Bang lebih banyak ni.

Aku : Takpe bang, rezeki abang tu, tq tau.

F: sama sama.

Tak malu ke kita?

So dalam story ni, Masih ramai manusia yang susah dalam mencari rezeki demi sesuap nasi untuk anak dan isteri. Orang yang serba kekurangan dan kedaifan semangat nak kerja mencari rezeki, kita ni masih kuat dan gah pun malas nak kerja dan masih memilih. Tak malukah kita?

Sedih tau, jarang jumpa depan2 org macam tu, ni first time tau, sebelum ni tengok depan TV takpun media sosial, ni video ni saya rakam sendri tau, sebak tak korang? Semoga Abe foodpanda dan rider2 yg lain dimurahkan rezeki dan sihat sejahtera selalu.

Sumber : Baliami Conmigo via Ohbulan

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini