Cahay̷a M̷isteri Berwarna Put̷ih Muncul Beberapa Sa̷at Di Queensland, Kelihat̷an Seak̷an Disamb̷ar Kil̷at Sebelum Leny̷ap

Sejak kebelakangan ini, makin kerap pula berita mengenai penampakan cahaya misteri yang dikaitkan dengan UFO dilaporkan di media-media semasa.

Baru-baru ini, satu cahaya misteri berwarna putih telah muncul di ruang langit sebuah kawasan pendalaman di negeri Queensland, Australia. Cahaya misteri itu dilihat muncul hanya dalam beebrapa saat sahaja sebelum ianya hilang dari pandangan di langit.

Seorang wanita yang berada di Queensland telah mengesan kewujudan cahaya misteri tersebut selepas ianya dirakamkan dari dashcam sebuah kereta di bandar Mount Isa, Queensland. Dalam video yang dikongsikan, ‘objek’ tersebut juga kelihatan seperti kena sambaran kilat di langit.

Selepas itu, wanita itu kemudiannya meminta pendapat daripada para pengguna media sosial di kelab peminat Radar Biro Meteorologi di Facebook.

Cahaya putih itu kelihatan seperti disambar kilat sebelum hilang dari pandangan

Wanita ini bertanyakan sama ada sesiapa tahu apakah sebenarnya cahaya misteri berwarna putih yang dirakam dari dascam kereta itu.

Beberapa orang mengutarakan pendapat mereka bahawa cahaya itu berkemungkinan adalah objek terbang yang tidak dikenali (UFO). Namun ada juga yang percaya bahaya objek bercahaya putih itu merupakan meteor atau tahi bintang.

VIDEO: klik disini jika tiada dibawah

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share resepi korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Kredit video: Bureau of Meteorology (BOM) radar fan club | Via sajagempak