Cara Lengk̷ap Penjag̷aan & Rutin B̷ayi Baru Baru L̷ahir, Ibu Ayah Baru Sila Take Note!

menjadi penyeri dalam rumah tangga. Bagi ibu ayah baru, adalah normal untuk anda berasa sedikit kekok dalam menguruskan anak kecil. Namun ada beberapa tips penjagaan bayi baru lahir yang dapat membantu!

Tidak dinafikan bayi yang baru lahir memerlukan penjagaan yang rapi memandangkan tubuh mereka masih kecil, cenderung kepada masalah dan perut mudah kembung. Ibu ayah jangan risau kerana rutin harian yang betul dapat mengelakkan masalah ini terjadi.

Tips penjagaan bayi baru lahir yang lengkap

credit to sources

1. Tips penjagaan bayi- Menjaga tali pusat

Pastikan tali pusat sentiasa bersih dan kering agar tidak dijangkiti kuman. Cuci hanya jika terkena kotoran atau air kencing dengan menggunakan kapas dan keringkan. Dedahkan bahagian pusat bayi ketika memakai lampin.

Tali pusat akan tertanggal dengan sendiri, jadi anda hanya perlu biarkan saja. Jika terdapat kemerahan, bengkak, keluar darah tanpa henti, nanah atau berbau busuk, segera bawa berjumpa doktor kerana ia adalah tanda-tanda jangkitan.

2. Memandikan bayi

Air suam diberi keutamaan untuk mandian bayi. Gunakan siku untuk mengukur suhu air. Balut bayi dengan tuala dan tutuplah kepalanya dengan lampin selepas mandi. Selimutkan bayi seketika sebelum dipakaikan lampin dan baju supaya tidak kesejukan.

Bayi tidak perlu kerap mandi dalam bulan pertama. Cukuplah dua kali seminggu terutama sebelum tali pusat tanggal. Anda boleh mula dalam tub mandian atau sinki sebaik tali pusat tanggal.

3. Menukar lampin

Lampin bayi harus ditukar sekerap yang mungkin bagi mengelakkan bayi basah dengan air kencing atau najis. Pada kebiasaannya, bayi akan kencing setiap 1 – 3 jam. Pastikan juga tempat anda menukar lampin, sama ada meja atau katil, adalah bersih.

4. Tips penjagaan bayi- Menyusukan bayi

Bayi akan mengambil masa yang lama ketika menyusu. Justeru, anda mungkin mahu minum air terlebih dahulu ataupun buang air. Jika payudara anda terasa sakit selepas menyusu, tuamkan dengan ais. Pilihlah posisi yang sesuai dengan bayi dan anda.

Gunakan bantal untuk sokongan. Untuk rehat seketika, selitkan jari pada mulut bayi bagi menghentikan sedutan. Bagi susuan botol, jangan tinggalkan botol susu dimulut ketika bayi tidur. Susu yang terkumpul dalam mulut boleh mengakibatkan karies gigi. Ia juga boleh mengakibatkan jangkitan telinga akibat susu yang mengalir memasuki telinga bayi.

5. Tidur yang mencukupi

foto: newborn baby

Bayi yang baru dilahirkan akan tidur selama 30 minit hingga 3 jam setiap kali. Selepas minggu ke-6, bayi akan tidur dalam tempoh yang lebih lama.

Biarkan saja bayi anda tidur kerana ia penting untuk perkembangan mental dan fizikalnya. Namun, apabila sampai waktu menyusu, jangan ragu-ragu untuk mengejutkannya.

6. Membendung bayi

membuatkan rasa selamat dan selesa. Ia juga mengelakkan badan bayi tersentak apabila terkejut serta mententeramkan bayi yang agak aktif.

Pastikan bayi anda tidak lapar atau basah sebelum dibendung. Pastikan juga bahagian muka dan kepala tidak tertutup. Biasanya selepas sebulan, bayi tidak lagi perlu dibendung agar pembesarannya tidak terhalang.

7. Tips penjagaan bayi baru lahir- Menenangkan bayi yang menangis

Agak sukar untuk meneka mengapa bayi anda menangis. Jika bayi menangis semasa lampin ditukar, gunakan tuala suam. Bayi juga tenang jika dibuai dan dipeluk.

Antara cara pelukan yang selesa untuk bayi termasuk membaringkan bayi dalam pelukan dengan sokongan kedua-dua tangan; membaringkan bayi di atas dada dan perut anda sambil tangan anda menampung bahagian belakangnya; dan boleh juga meniarapkan bayi di atas peha jika bayi telah pandai mengangkat kepala.

Alunan lagu ketika memeluk atau membuai bayi juga menenangkan.

8. Sendawakan bayi

credit to sources

Kadangkala bayi akan Antara sebab ialah bayi kekenyangan, udara masuk ketika menyusu atau barut yang terlalu ketat.

Apapun juga, anda dinasihatkan untuk menepuk-nepuk bahagian belakang bayi selepas menyusu bagi menggalakkannya sedawa.

Sumber: theasianparent

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share resepi korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini