Cuba RM20k Uji Kesetiaan Wanita, Hakikatnya Duit Lagi Penting Dari Boyfriend

Konon Cuba RM20k Uji Kesetiaan Wanita, Hakikatnya Duit Lagi Penting Dari Boyfriend | Beberapa hari lepas, tular sebuah rancangan prank terhadap seorang wanita yang akhirnya sanggup menduakan teman lelakinya demi habuan wang RM20 ribu. Video tersebut juga telah mencuri perhatian warganet serta ramai yang mengecam gadis tersebut dengan menggelarkannya ‘mata duitan’. Walau bagaimanapun, di hujung paparan itu mereka akhirnya telah berpisah.

Gadis wajar buang teman lelaki demi duit…lebih-lebih lagi kalau tidak mendatangkan hasil

Namun begitu, pengguna Facebook bernama Sham Santiago menyatakan setiap wanita patut utamakan duit daripada teman lelaki. Memandangkan couple bukanlah ikatan yang sah seperti perkahwinan, maka tiada masalah untuk gadis berpaling tadah daripada partner yang belum kukuh aspek ekonominya. Tambahan pula, ia sangat penting kerana alam rumah tangga jauh lebih mencabar kerana melibatkan banyak kos untuk support perbelanjaan harian.

Wanita cari lelaki yang berduit biarpun digelar gold digger…paling tidak hidup terjamin & ada simpanan wang

Justeru, Sham mengingatkan para wanita agar mencari lelaki yang stabil dari segi kewangan walaupun orang sekeliling menuduhnya sebagai mata duitan atau gold digger. Apabila sudah berkahwin, pastikan juga suami mempunyai insurans diri. Hal ini memastikan kualiti hidup terjamin dan sekurang-kurangnya ada juga simpanan wang yang boleh digunakan jika berlaku sebarang musibah terhadap suami atau berpisah bawa haluan masing-masing.

Sumber: Facebook Sham Santiago

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share resepi korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini


________

Baca lagi artikel menarik dibawah

1. Rasulullah pernah berpesan bahawa setiap suap yang diberikan oleh suami kepada isteri akan mendapat ganjaran di sisi Allah. Sabda Nabi:

وَلَسْتَ تُنْفِقُ نَفَقَةً تَبْتَغِى بِهَا وَجْهَ اللَّهِ إِلاَّ أُجِرْتَ بِهَا حَتَّى اللُّقْمَةُ تَجْعَلُهَا فِي فِيّ امْرَأَتِكَ

“Dan tidaklah kamu memberikan nafkah dalam mencari keredhaan Allah melainkan semuanya akan dibalas dengan pahala. Sehinggakan setiap suap yang disuapkan ke dalam mulut isterimu (juga akan diberi pahala). (HR Muslim).

2. Malah membelikan hadiah buat isteri juga dianggap sebagai amalan yang terpuji. Sadina Amru ibn Umayyah pernah membeli sepasang kain. Seorang sahabat bertanya, apa yang kamu lakukan kepada kain tersebut. Amru lalu menjawab:

تصدقت به عَلَى سخيلة بنت عبيدة ، وكانت امرأته ، وَقَالَ : سمعت رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يقول فِي الصدقة : ” الصدقة عَلَى الأهل صدقة

“Aku telah hadiahkannya kepada isteriku Sukhailah bint Ubaydah dan dia berkata: Aku mendengar Rasulullah bersabda: Sesungguhnya sedekah (hadiah) kamu kepada ahli keluargamu akan diganjari pahala sedekah. (HR Abu Ya’la).

3. Ini kerana duit yang diusahakan untuk menyara sebuah keluarga mereka adalah sebaik-baik nafkah di jalan Allah. Sabda Rasulullah:

أَفْضَلُ دِينَارٍ يُنْفِقُهُ الرَّجُلُ دِينَارٌ يُنْفِقُهُ عَلَى عِيَالِهِ

“Sebaik-baik dinar adalah dinar yang digunakan sebagai nafkah buat menyara keluarganya” (HR al-Bukhari).

Justeru, berusahalah menyara keluarga dan berilah hadiah buat isteri. Sesungguhnya ia adalah perkara yang dipuji Allah dan Rasul.

Sumber; Dr Ahmad Sanusi