Cuci Muk̷a Tapi Tetap Breakout? Bahay̷a Bant̷al Tidur Jadi Temp̷at Hama Berk̷ampung

Cuci Muka Tapi Tetap Breakout? Bahaya Bantal Tidur Jadi Tempat Hama Berkampung | Dalam kehidupan seharian, tidur itu penting bagi setiap orang. Tambahan pula bagi sesetengah pihak, bantal busuk adalah penting untuk mendapatkan tidur yang lebih lena. Akan tetapi, tahukah bahawa tahap kebersihan bantal juga boleh memberi kesan terhadap kondisi kesihatan kita?

Sel kulit yang tertinggal akan jadi makanan hama & kutu kecil

Menerusi Facebook Public Health Malaysia, bantal sebenarnya mempunyai pelbagai benda yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar seperti kulat, bakteria, sel kulit dan sisa air liur. Bagi yang tidak mengetahui, sel kulit tertinggal biasanya akan menjadi makanan hama dan kutu kecil.

Tukar sarung at least 1-2 minggu

Tidak cukup dengan itu, haiwan kecil ini akan tinggalkan najis mereka dan timbullah gejala alahan seperti batuk, bersin dan selsema apabila bangun tidur. Oleh itu, adalah disarankan untuk menukar sarung setiap 1-2 minggu dan menukar bantal setiap 6 bulan. Menjemur di bawah cahaya matahari terik juga berkesan menghapuskan bakteria dan menyebabkan binatang kecil yang telah ‘berkampung’ untuk melarikan diri.

Breakout boleh jadi teruk jika tak basuh bantal

Selain itu, orang ramai hendaklah membasuh dan menukar sarung dengan lebih kerap jika mempunyai masalah jerawat. Hal ini dikhuatiri, kita berpotensi untuk mengalami masalah breakout yang lebih teruk jika tidak menjaga kebersihan tempat tidur sendiri.

Sumber: FB Public Health Malaysia

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Sosial Media!!
Facebook – Madara Army
Youtube channel – Madara Amry

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share resepi korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini