“Cuma Ada RM5,”- V!ral Video Anak Rakam Ayah Makan Nasi Tanpa Berlauk, Lelaki Ini Jelaskan Hal Sebenar

Sebelum ini telah v!ral sebuah video memaparkan kehidupan seorang bapa dan anak lelakinya yang serba kekurangan.

Kehidupan dua beranak ini teleh menarik tumpuan ramai apabila kanak-kanak bernama Nik Aswan memuat naik video tersebut di aplikasi TikTok miliknya.

Ayah jamah nasi berlauk kicap baki makanan si anak

Perk0ngsian tersebut memaparkan si ayah sedang menjamah nasi putih berlauk kicap baki makanan tengah hari si anak yang disediakan oleh ayahnya sebelum keluar bekerja.

Rakaman video berkenaan menggambarkan kehidupan dua beranak yang serba kekurangan tetapi dilimpahi dengan kasih sayang si ayah kepada anaknya.

Menerusi lap0ran mStar, Ngah Misnum dikatakan telah memadam video yang dimuat naik sebaik sahaja mendapat tahu video berkenaan telah v!ral di media masa.

Bila v!ral di media massa saya terus ambil telefon dan padam video itu

“Sejujurnya saya tak sangka langsung dia akan muat naik video tu sebab masa saya sedar dia tengah rakam, saya terus bangun dari tempat duduk”.

“Tahu-tahu v!ral sampai dekat Facebook, memang terkej0t sangat. Saya terus ambil telefon dia dan padam video tu,” katanya.

Saya tak nak anak sedih dengan keadaan saya

Ngah Misnun yang berasal dari Kuala Nerus, Terengganu itu menjelaskan dia berbuat demikian kerana tidak mahu menimbulkan sebarang isu dan enggan meraih simpati orang ramai.

“Saya padam bukan sebab malu hidup susah tapi saya tak nak anak saya sedih dengan keadaan saya serba kekurangan ini”.

Selama ini saya tak k0ngsi keperitan dengan orang ramai

“Selama ini saya tak k0ngsi keperitan hidup dengan dia apatah lagi nak k0ngsi dengan orang ramai, tetapi bila dah v!ral saya rasa perlu memberi sedikit penjelasan,” jelasnya.

Berk0ngsi cerita lanjut, Ngah berkata pada hari itu dia cuma mempunyai wang sebanyak RM5 sebelum mendapat upah melakukan kerja memot0ng rumput pada sebelah petang.

Alhamdulillah, anak tidak membazir

Berbekalkan wang RM5 yang dia ada, dia telah membeli lauk seekor ikan keli pada harga RM4.

“Bila sampai rumah saya terus masak nasi dan pesan dekat anak saya untuk makan. Saya tak makan sebab nak terus keluar pergi mesin rumput”.

“Balik dari mesin rumput, saya lapar sangat dan tengok lauk anak saya dah makan habis. Alhamdulillah, ia tak membazir”.

Tiba-tiba dia rakam tanya saya makan tak ada lauk

“Saya intai tengok dia dalam bilik leka main telefon, terus saya ambil lebihan nasi putih dan makan.

“Masa tu la tiba-tiba dia keluar dan rakam sambil tanya saya makan tak ada lauk ke?” ujarnya”.

Jelas Ngah yang bekerja mengambil upah mesin rumput berkata dia telah menasihati anaknya agar lebih berhati-hati dengan tidak memuat naik video seperti itu lagi selepas ini.

Saya mendidik anak supaya tidak sedih

Malah, dia juga akan memantau penggunaan telefon bimbit yang baru dibeli itu untuk tujuan belajar secara dalam talian, menggunakan duit tabung anaknya.

Ujar bapa ini lagi sebagai kanak-kanak yang dibesarkan tanpa ibu, dia mempunyai cara sendiri dalam mendidik anak supaya anaknya itu tidak bersedih.

Dia tak dapat kasih sayang sepenuhnya

“Maklumlah hidup hanya berdua dengan anak, dia tak dapat kasih sayang sepenuhnya daripada ibu jadi saya perlu faham dia dengan lebih mendalam,” katanya.

Selain itu, Ngah juga memoh0n maaf atas tindakan anaknya sehingga menimbulkan kerisauan dan mengundang simpati masyarakat.

Saya nak mintak maaf atas apa yang berlaku

Dia berharap warganet akan berhenti menge cam dirinya dan anak kerana tiada seorang pun faham keadaan yang mereka lalui sekarang ini.

“Bila saya dihubungi, bagus juga sebab saya nak moh0n maaf atas apa yang berlaku dan boleh beri penjelasan,” katanya.

Kami tak perlu sumbangan, hanya perlu saham akhirat

Meskipun hidup dalam serba kekurangan, Ngah berkata dia tidak memerlukan sumbangan wang, cukuplah sekadar mendoakan mereka murah rezeki dan kekal bahagia bersama.

“Sejujurnya kami tak perlu sumbangan, hami hanya perlu saham akhirat.

“Biarpun kami makan tak ada lauk, doa kalian adalah lauk kami sampai ke akhirat,” katanya yang sering berk0ngsi kisah hidup bersama anak tunggalnya di akaun TikTok.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut sebak dengan pengakuan Ngah dan mendoakan agar dia dimurahkan rezeki. – Sumber dipetik dari Yoy Network

Sudah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Kongsi Halaman Media Porta< /a> l Ya.

Jom sertai group ni.. Khas untuk kami kongsikan resepi anda nanti.. InsyaAllah bermanfaat di sana.. TQ
Ingin Sertai –>
Klik Di Sini