Dah Jadi Ke̷s Pegu̷am Neg̷ara. Ini Jawap̷an Peni̷aga Siakap Beribu Yang Akhirny̷a Tak Diterim̷a KPDNHEP

Kuala Terengganu: Peniaga siakap di Langkawi, Kedah yang tular pada awal bulan ini kerana menjual hidangan lebih RM 1,000 didapati gagal mengemukakan dokumen perniagaan lengkap seperti dikehendaki Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna KPDNHEP.

Kertas s.iasatan melibatkan pemilik restoran terapung yang tular kerana menjual hidangan seekor siakap berharga RM 1,196 di Langkawi, Kedah akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk t.indakan lanjut.

Sehubungan itu, peniaga berkenaan bakal did.akwa mengikut S.eksyen 53 A A.kta Kawalan Harga dan Anti Penc.atutan 2011.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Rosol Wahid berkata, peniaga terbabit didapati gagal mengemukakan dokumen perniagaan lengkap dikehendaki kementeriannya mengikut tempoh ditetapkan.

“Peniaga itu memberi kerjasama baik kepada KPDNHEP, namun m.alangnya gagal memenuhi arahan menghantar dokumen perniagaan lengkap dan terperinci.

“Tempoh penghantaran dokumen terperinci itu dilanjutkan bagi membolehkan peniaga itu membetulkan kesilapan berkenaan.

“Bagaimanapun, ia masih tidak dapat dipenuhi sehingga 17 November lalu menyebabkan kertas s.iasatan dibuka dan akan dihantar ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika ditemui di program lawatan Timbalan Menteri KPDNHEP di kawasan Tanaman Fertigasi Melon Manis Terengganu MMT di Kampung Peradong, Manir di sini, hari ini.

Rosol berkata, t.indakan itu dikenakan berikutan kegagalan peniaga berkenaan menyelenggara dan menyimpan rekod dengan wajar.

“Seksyen 53 A Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 itu memperuntukkan h
ukuman d.enda sehingga RM 50,000 jika s.abit kesalahan.

“S.iasatan lanjut atas kes.alahan mencatut tidak dapat dijalankan disebabkan dokumen perniagaan dihantar peniaga itu tidak memberi maklumat terperinci berhubung kos operasinya.

“Peniaga itu hanya menyatakan harga jualan ikan siakap iaitu RM 16 bagi setiap 100 gram tidak pernah berubah sejak tiga tahun lalu, namun ia bukan b.ukti kukuh dan tidak mencukupi bagi melakukan s.iasatan,” katanya.

Beliau menasihatkan golongan peniaga agar sentiasa menyimpan rekod perniagaan termasuk resit pembelian dan proses bagi memudahkan penyiasatan KPDNHEP sekiranya berlaku sebarang i.su berbangkit.

Media sebelum ini melaporkan sekumpulan individu terkejut apabila mereka terpaksa membayar RM 1,196.80 bagi hidangan seekor ikan siakap dengan berat kira-kira tujuh kilogram di sebuah restoran baru-baru ini.

Kisah ikan siakap kayangan itu kemudiannya menjadi tular selepas resit pembayarannya dimuat naik di Facebook sebelum KPDNHEP mengemukakan notis s.iasatan kepada peniaga terbabit tidak lama kemudian.

Kredit : HM

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share resepi korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini