Dapat Merasa Nikmat Ham1l Kali Ke-8 Di Usia 35 Tahun, Rupa Paras Ibu Ini Dipuji Ramai

Dapat Merasa Nikmat Ham1l Kali Ke-8 Di Usia 35 Tahun, Rupa Paras Ibu Ini Dipuji Ramai | Dalam perkahwinan, setiap suami isteri pastinya akan merancang terlebih dahulu bilangan anak yang dimahukan mereka. Atas banyak faktor termasuklah ekonomi keluarga, sesetengahnya hanya mengimpikan 2 hingga 3 orang anak sahaja. Namun sekiranya Allah melimpahkan rezeki yang tidak putus-putus, seseorang wanita akan berpeluang menerima nikmat hamil secara berulang kali seperti yang dirasai oleh individu dengan akaun Facebook Samsina Sinar Shah Huran.

Dekat rumah tak boleh duduk diam…Banyak jalan kadang senak juga perut

Melalui media sosial tersebut, dia berkongsikan keadaan terkininya yang sedang mengandung untuk kali kelapan. Menjangkakan bakal melahirkan kandungan itu pada Februari tahun hadapan, Puan Samsina mendedahkan berat badannya masih berjaya dikawal dan kekal maintain iaitu sekitar 55 kilogram sahaja meskipun kehamilan sudah memasuki bulan kelima. Lebih mengagumkan lagi, dia diberikan rezeki berkemampuan menimang ramai anak meskipun baru berusia 35 tahun.

Murahnya rezeki awak sis…Saya anak 3 orang pun macam-macam jadi

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pujian apabila melihat rupa paras ibu ini yang kelihatan sangat awet muda. Tambahan pula apabila melihat bentuk badannya yang tidak naik mendadak seperti dilalui oleh sesetegah ibu hamil lain, mereka mengakui kagum selain menumpang gembira dengan berita kehamilan kelapan tersebut. Selain itu, ramai berkongsikan kisah sama di mana mereka telah hamil sebanyak beberapa kali pada usia awal 30-an.

Sumber : Facebook Samsina Sinar Shah Huran