Ded̷ah Dir̷awat Oleh Seor̷ang Jurur̷awat Masa Dal̷am Perjalanan Tunaikan Umrah. Sekali Ebby Yus T̷ampil Ded̷ah Nak Mint̷a Sesuatu Pada Jurur̷awat Tersebut.

Pelakon dan pelawak Ebby Yus mencari seorang jururawat yang pernah merawatnya setelah pengsan akibat sakit jantung sewaktu dalam penerbangan untuk menunaikan ibadah umrah pada Oktober lalu. Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Ebby atau nama lengkapnya, Muhammad Yunus Abdul Rashid, 56, meminta jururawat tersebut supaya menghubunginya menerusi Instagram jika terbaca pesanan tersebut.

“Assalamualaikum. Saya ingin mencari jururawat yang pernah membantu saya ketika saya sakit di dalam penerbangan sewaktu perjalanan menunaikan ibadah umrah. Katanya, dia bekerja di Riyadh, Arab Saudi. Minta tolong hubungi saya (DM) ya. Terima kasih,” tulisnya dalam Instagram.

Perkongsian pelakon sitkom Jenaka Kampung Kalut itu turut mendapat perhatian pengikutnya dalam Instagram apabila rata-rata mendoakan supaya usahanya untuk menjejaki jururawat tersebut dipermudahkan. “Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan abang Ebby,” kata salah seorang pengikutnya.

Difahamkan, Ebby sebelum ini dibantu jururawat terbabit yang memberikannya rawatan awal selepas dia mengalami sakit jantung akibat terkejut apabila pesawat yang dinaikinya bergegar ketika dalam penerbangan ke Mekah pada Oktober lalu. Disebabkan masalah kesihatan, dia terpaksa ditahan di sebuah hospital di Maldives hingga terlepas peluang untuk menyertai jadual rombongan umrahnya seperti yang dijadualkan. Sumber: K! ONLINE

Dicium Oleh Doktor Di Bilik Bersalin. Wanita Rasa Sakit Tapi Berbaloi Lepas Melahirkan Cahaya Mata Sulungnya.

Pengalaman ketika melahirkan cahaya mata sudah tentu tidak dapat dilupakan bagi seorang wanita. Selain ditemani suami, doktor juga memainkan peranan untuk memastikan emosi si ibu stabil sepanjang proses tersebut.

Bagi seorang wanita yang dikenali sebagai Shameen, dia memuat naik video di aplikasi TikTok berkongsi pengalaman ketika melahirkan anak sulungnya Aysha Humaira secara normal di sebuah pusat perubatan di Selangor, minggu lalu.

“Pengalaman pertama di bilik bersalin, sakit tapi berbaloi,” tulisnya ringkas.

Menerusi video berdurasi hampir dua minit itu, dapat dilihat suaminya Aiman Zahin setia berada di sisi bagi menenangkan kesakitan dialami dengan bantuan doktor yang menyambut bayi mereka iaitu Dr Khamsiah.

Lebih menjadi perhatian apabila doktor tersebut sempat mengambil masa memberikan kata-kata semangat dan kucupan di dahi wanita berusia 27 tahun itu selepas bertarung nyawa melahirkan bayi perempuan berkenaan.

“The best doctor”.

Menerusi video berbeza, dia berkongsi kata-kata positif dititipkan oleh Dr Khamsiah yang disifatkan sangat bermotivasi sekali gus boleh menjadi sumber kekuatan bagi golongan ibu. “Dah selamat bersalin ni, dosa kita semua dah terhapus macam kain putih. Macam mana awak sakit, macam tu la dosa awak gugur. Tahniah mama,” tulisnya berdasarkan kata-kata Dr Khamsiah.

Sementara itu, Shameen turut mengucapkan terima kasih kepada suaminya yang berusaha mengumpul duit menanggung kos perubatan yang mahal demi memberikan keselesaan ketika bersalin. Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah ! I did it. Tersangat la sakit ye beranak ni. Hampir putus asa masa push tapi Dr Kham bagi kata2 semangat terus keluar seketul Aysha Humaira. Dr yang very motherly siap cium lepas beranak. Terharu sebab takde mak dah. “Special thanks untuk suami sebab usaha gila2 kumpul duit nak bagi bini beranak selesa, takut bini royan la tu nanti. Tapi serious memang berbaloi dan sangat3 selesa,” kongsinya menerusi satu posting di laman Instagram.

Sumber: TikTok xcamin , Instagram Camin

Bertarung Nyawa 10 Jam Dalam Labour Room. Elfira Loy Imbas Kenangan Bersalinkan Rayyan.

Diam tak diam, cahaya mata sulung pelakon, Elfira Loy, Muhammad Rayyan Khalaf kini sudah pun berusia dua tahun.

Berkongsi cerita kisah kelahiran anak sulungnya itu dua tahun lalu, kata Elfira menerusi Instagramnya, dia berdepan kepayahan bila mana terpaksa bertarung nyawa selama 10 jam sewaktu melahirkan cahaya matanya itu di bilik bersalin.

Namun kata Elfira dia bersyukur dapat melaluinya dengan baik malah kini amat bersyukur dikurniakan seorang anak yang sangat baik dan begitu mudah dijaga.

“2 years ago , Mommy bertarung nyawa 10 jam dalam labour room nak tunggu Rayyan keluar,” tulisnya ringkas.Namun pelakon berbakat ini juga turut menitipkan ucapan manis buat si comel kesayangannya itu.

“Happy birthday my sweet baby boi , Muhamad Rayyan Khalaf.

“Seindah nama, anak yang sangat baik,” tulisnya lagi.

Tidak hanya berkongsi cerita, bahkan ibu cantik ini juga turut sama memuat naik beberapa keping gambar kenangannya ketika berada di bilik bersalin juga selepas melahirkan Rayyan.

Dalam pada itu, rata-rata peminat tidak melepaskan peluang untuk turut sama menitipkan ucapan hari lahir buat Rayyan. Malah mendoakan agar anak kesayangan Elfira dan suami itu menjadi anak yang soleh.

“Happy birthday handsome boi. Moga membesar berjaya dunia dan akhirat”

“Besar pahala mommy elfiraloy. Happy 2nd birthday rayyan!”

“Happy birthday little one, so Cute Prince of mommy n daddy. Moga yang baik-baik saja untuk mu duhai anak.”

Sekeping gambar Rayyan yang baru dilahirkan ketika itu menarik perhatian wargamaya. Pipi ‘pau’ Rayyan yang comel dan gebu sudah semestinya menjadi perhatian. Comel!

Terdahulu, Elfira mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Faris Khairul Anuar pada 1 Januari 2019. Pasangan ini dikurniakan dengan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Rayyan Khalaf yang dilahirkan pada 1 Oktober 2019 secara normal.

Hanya sebabkan makanan jenis ini terus ada yang dkwa anak Elfira Loy macam ni. Sekali ini pesanan El pada orang ramai.

Pelakon Elfira Loy, 27, tampil menjelaskan situasi sebenar selepas ada segelintir orang yang menggelarkan anak lelakinya, Muhammad Rayyan Khalaf sebagai seorang yang memilih dalam bab makanan atau picky eater. Menurut Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri berkata Rayyan tidak menggemari makanan yang dibuat daripada tepung seperti pancake (lempeng) dan wafel.

“Biarkan saya menjelaskan kerana saya tidak suka jika ada segelintir orang yang assuming sesuatu. Anak lelaki saya bukan picky eater. Bukan bermaksud dia (Rayyan) tidak suka cekodok bererti dia picky eater. Boleh tak kita berhenti panggil bayi kita dengan picky eater? Masaklah apa yang dia suka kan. Takkan tak berapa suka dah cakap picky eater? Kalau macam tu saya juga seorang picky eater. Dia hanya tak suka cucur. Jadi saya saja cuba sekali lagi kot dia suka. Kacau dia. Dia tak berapa berkenan benda bertepung Macam pancake, wafel haa macamtu tak berapa pandai. Sebab itu pagi-pagi kena makan nasi atau pasta atau mee,” tulisnya di Instagram Stories.

Sebelum ini, pelakon drama Biar Mimpi Sampai Ke Bintang ada memuat naik video yang menunjukkan gelagat Rayyan ketika disuruh makan cekodok. Menerusi rakaman tersebut, Rayyan hanya berpura-pura makan bagi menjaga hati ibunya.”Pandai ambik hati dia ni, buat-buat dah makan,” kata Elfira.

Untuk rekod, Elfira mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Faris Khairol Anuar, 30, pada 1 Januari 2019.Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Rayyan Khalaf yang kini berusia dua tahun.

Sumber : gempak

Elfira Loy Seronok Apabila Dilakukan Begini Oleh Suami. Sekali Ramai Akui Kaum Lelaki Jarang Lakukannya Sebab Takutkan Sesuatu.

Siapa je yang tak seronok bila kena puji dengan suami, lagi-lagi bila pujian itu kedengaran ikhlas dari hati mereka. Pelakon Elfira Loy ada kongsikan perasaan gembiranya apabila suaminya, Faris Khairol Anuar memuji hasil solekannya yang dikatakan kelihatan berseri.

Menurut Elfira atau lebih mesra dengan panggilan El, suaminya memberitahu bahawa sebelum ini gincu yang digunakan olehnya kelihatan pucat berbanding yang digayakan olehnya pada sesi bergambar bersama keluarga pada 1 Syawal lalu. Disebabkan caption yang dikongsikan oleh El itu, maka ramai lah kaum wanita muncul di ruangan komen memberi pendapat mereka mengenai lelaki yang jarang memuji.

Rata-rata daripada mereka mengakui bahawa kaum lelaki jadi takut untuk memuji sebab risau jika tersalah cakap, confirm ada yang akan mengamuk pula. Dalam masa yang sama, ada juga yang tinggalkan komen memberitahu El tetap kelihatan cantik walaupun tidak mengenakan sebarang makeup. Semua wanita di atas muka bumi ni cantik-cantik belaka jadi jangan sedih kalau tak ada yang memuji sebab kita ni cantik secara natural beauty! Sumber : https://www.hotfm.com.my/

Elfira Loy Tidak Mahu Mengambil Sebarang Risiko. Dia Sanggup Elak Bawa Anak Keluar Rumah Disebabkan Ini.

Elfira berharap semua orang patuhi SOP dengan memakai pelitup muka ketika berada di luar. Menjadiibu kepada seorang cahaya mata ternyata membuatkan pelakon Elfira Loy berasa sedikit paranoid dalam soal membabitkan keselamatan dan nyawa keluarganya di musim pandemik Covid-19.

Menurut Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, dia berasa bimbang sekiranya lalai dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sehingga memudaratkan diri, anak, suami dan orang terdekat. Biarpun berasa sedih melihat segelintir rakyat yang ambil mudah soal tersebut, namun aktres berusia 26 tahun ini berharap semua orang bersatu hati menjaga diri dengan memakai pelitup muka ketika berada di luar.

Elfira jarang bawa anaknya keluar rumah bertemu dengan orang ramai.

“Mendengar kes wabak COVID 19 ini meningkat saban hari, jujur buat saya sedikit takut dan curiga dengan apa saja kemungkinan. Perasan itu menjadi jadi apatah lagi saya ada anak berusia 14 bulan. Saya sampai satu tahap bimbang jika lalai dan tersilap langkah dalam mematuhi SOP, ia akan memudaratkan diri, anak, suami dan orang terdekat. Kalau boleh saya tak nak lama lama berada di luar. Kita punyalah jaga SOP dan berhati hati, tapi rasa sedih apabila ada segelintir yang ambil mudah bab itu. Ada yang macam tak makan saman walaupun akan dikompaun RM1000 jika tidak memakainya. Tapi kalau kita sama sama sepakat menjaga diri dan sekeliling terutama dengan memakai pelitup muka, itu sudah bagus,” kata Elfira dilantik mewakili produk pelitup muka jenama Himaya selama setahun.

Dia tak berjumpa sangat dengan orang di luar dan masanya pun banyak dihabiskan di rumah.

Elfira mendirikan rumah tangga dengan Faris Khairol Anuar pada 1 Januari 2019 dan mempunyai seorang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Rayyan Khalaf yang berusia 14 bulan. Dalam pada itu, pelakon drama Kerna Syurga Bukan Percuma ini menganggap anaknya termasuk dalam kategori ‘baby Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)’ kerana jarang bertemu orang luar. Kata Elfira, dia lebih selesa berkongsi mengenai momen indah dan perkembangan anaknya yang berada di rumah tanpa perlu dibawa keluar berjalan bertemu orang ramai.

Elfira bersama anak dan suaminya.

“Saban hari, ada saja keletahnya yang mencuit hati. Saya tak ketinggalan berkongsi apa saja detik atau momen indah fasanya bertambah umur di Instagram. Cuma anak saya ini kategori ‘baby PKP’. Dia tak berjumpa sangat dengan orang di luar dan masanya pun banyak dihabiskan di rumah. Saya tak mahu ambil risiko.

Dia juga yang jenis happy go lucky dan gemar tersenyum. Cuma kalau ada orang datang rumah, dia susah nak mendekati mereka dan ambil masa untuk jadi mesra. Dia macam seolah-olah tahu dengan situasi pandemik sekarang yang tak boleh nak bercampur dengan orang ramai,” ujarnya.