Dekat Grup Wtsapp Bukan Main Mas1ng² Bgi Nasihat, Tp Mak kat Sebelah Pun Tak Pernah Nak Ajak Makan Sama²

Terima kasih kerana sudi siarkan cerita saya. Maaf kalau panjang sangat. Saya harap semua baca sampai habis, untuk pengajaran semua.

Saya anak sulung. Mak ayah masih ada. Suami anak bongsu daripada 8 adik-beradik. Semua pun dah kahwin.

Lepas berkahwin saya tinggal dengan emak mertua. Bapa mertua dah lama meninggal, saya tak sempat kenal pun.

Saya tak kisah tinggal dengan emak mertua sebab suami pernah cakap dia nak jaga mak dia sampai akhir hayat mak dia.

Mak mertua saya dah umur 65 tahun. Dah tak larat sangat pun. Saya tak kisah penuhi hasrat suami untuk sama-sama jaga mak mertua.

Tapi, yang buat saya terkilan adalah sikap adik-beradik suami. Semua dah berkeluarga dan ada yang dah bercucu pun. Tapi, diorang tak peduli kat mak diorang ni.

Boleh bayangkan tak, adik-beradik suami semua tinggal dekat2 dengan rumah mak mertua saya.

Jarak paling jauh adalah rumah anak yang sulung – 10km dari rumah mak mertua. ‘Jauh sangat’ kan? Yang paling dekat, sebelah rumah je.

In fact, bukan sebelah rumah pun, tapi rumah yang sama, cuma ada 2 pintu.

Tapi, sepanjang bulan puasa ni, tak de sorang pun sudi balik berbuka puasa dengan mak diorang ni.

Sahur lagilah tak ada. Kakak ipar yang duduk sebelah rumah ni pun, tak pernah berbuka dengan mak mertua saya ni.

Saya pernah tanya suami, kenapa tak ajak kakak ipar yang sebelah rumah ni berbuka dengan mak.

Dia cakap malas nak tanya nanti bermasam muka. Aik? ajak berbuka makan sama-sama pun boleh masam muka ke? Pelik sungguh.

Tapi, kalau baca kat whatsapp group kemain sorang-sorang. Share pasal quote ustaz betapa pentingnya doa seorang ibu lah, kewajipan menjaga kebajikan ibu lah, cara bahagiakan ibu lah.

Masing-masing berlumba-lumba share quote2 berkaitan ganjaran menjaga mak. Tapi, realiti tak de sorang pun buat apa yang diorang baca tu!

Hipokrit much!

Saya dah suami dah 7 tahun berkahwin. So, perangai adik-beradik diorang ni saya dah nampak jelas. Ada anak yang hidup mewah.

Tapi, bila time raya, takde pun nak bawak mak beraya sama. Semua kat rumah masing2.

Tinggallah mak mertua tu dengan saya dan suami tunggu anak2 yang lain ni datang. Datang ye, bukan balik. Ada beza datang dan balik.

Kalau balik at least tido la umah mak tu. Ini datang dalam sejam dua, air pun berhidang macam tetamu. Lepas tu pakat2 balik semua orang.

Masuk ni, dah 7 tahun jugak saya tak beraya dengan mak ayah saya. Raya pertama je kat rumah mertua. Every year without fail. Awal2 saya tak kisah.

Tapi, dah masuk tahun ke 7 ni, saya dah mula rasa meluat. Mak ayah saya hidup lagi. Saya anak sulung.

Tanggungjawab kat mak ayah, saya tak dapat jalankan dengan baik sebab sibuk fikirkan hal mertua.

Tahun ni, saya cakap kat suami, saya nak hari raya pertama kat rumah parents saya.

Boleh agak tak apa yang jadi? Of course kami bergaduh! Suami tak nak sebab alasan dia nanti mak dia tinggal sorang.

Ehhh adik-beradik tu semua ada sekeliling rumah mak je. Apa salahnya ‘serahkan’ kejap tanggungjawab jaga mak tu sehari dua masa raya ni.

Mak mentua saya pun bukanlah tak boleh berjalan langsung. Masih gagah lagi cuma gagah orang tua la.

Bukanlah yang kena kawal 24 jam, makan bersuap pun. Itupun tak de anak2 yang nak amik mak ni.

Boleh bayang kalau mak ni dah terlantar tak boleh gerak? Lagilah tak da yang nak jaga.

Saya bekerja dan gaji saya lebih besar dari gaji suami. Setiap bulan, saya yang keluarkan belanja lauk.

Saya siap bagi duit poket lagi kat mak mertua. Kat mak ayah saya sendiri, duit yang saya bagi tu la duit lauk, tu la duit yang diorang nak guna buat bayar benda2 lain. Sedih kan?

Saya dah bosan. Saya letih, penat, meluat, menyampah dan macam2 lagi perasaan bercampur baur.

Pernah terfikir nak berpisah dengan suami supaya saya dapat berbakti sepenuhnya pada mak ayah saya. Tapi, entahlah.

Nasihat saya, jagalah mak korang baik2. Mak hidup lagi la kena hargai. Hargai mak tu bukan dengan cara berdoa kat whatsapp tapi, buat dengan perbuatan.

Saya ni menantu dalam keluarga ni. Nak tegur kang, jadi lain pulak. Tolonglah doakan saya dapat berbakti kat mak ayah saya ye ;(

Part II : Yang sangat menyedihkan dipagi raya orang lain makan rendang metupat tapi aku dengan anak hanya makan bubur sahaja

Cuma nak meluahkan perasaan sahaja tentang aku, masa arwah suami hidup aku di madukann, madu aku tu org seberang 11 tahun aku dan anak anak derita 11 tahun jugak cinta aku dikhianati.

Setahun hanya 2 kali sahaja arwah ziarah kami anak beranak tiap bulan RM200 SAHAJA nafkah dia berikan pada aku dgn anak anak

Suamiku seorang angota tapi aku dengan anak bongsu pergi cari botol jual besi buruk berpanas berhujan kami cari duit poket.

bile aku bekeje pandai suami datang mintak duit ma ada RM50 tak papa ta ade duit, nak tak nak bagi jelah

Yang paling menyedihkan dipagi raya orang lain makan rendang metupat tapi aku dengan anak hanya makan bubur sahaja.

Anak aku 8 tahun dia menangis bukan sebab makanan di pagi raya hanya bubur tapi menangis papa nya tak ada di pagi raya,

Pernah arwah suami bawak balik bayi lelaki memula dia cakap tu anak kawan tapi lama lama dia jujur tu anak dia dgn perempuan tu , kesian aku jaga jugak.

Banyak pengorbanan aku tapi tak di hargai sampai satu masa dia balik rumah aku cakap mcm ni lah papa kita berpisah sahaja lah

Jgn buat mama tak bertali papa tak balik rumah kadang setahun tak balik nfkah tak bg nak call pn susah smpai kene mintak dgn pegawai atasan no papa kita berpisah cara baik jelah.

Air mata dah tak ada lagi nak menangis waktu aku cakap macam tu jawapan yang arwah bagi PAPA TAK KAN LEPAS KAN MAMA WALAU MCM MNE PUN.

Dia pernah bawak aku pergi ke pejabat agama nak mintak kebenaran berpoligami

Tapi Allah tu maha mengetahui pihak agama tidak lulus kan pernikahan dia dgn perempuan tu sebab dia angota tu sbb dia kwin dkt seberang.

Aku rdha jela dengan apa terjadi sampai satu tahap lantak kau lah nak kwin ke apa hati dah tawar abis.

Anak aku nak mintak duit dgn bapak dia macam mngemis, mntak rm10 je pn untuk top up tu pn susah tapi masa akhir dia nak mnggal dia balik rumah bila tanya mana bini dia cakap dah balik seberang aku pn oh yelaaa.

Dia cakap aku kalau pergi biar la aku pergi sendiri tak ada orang denat sisi pun tak apa.

Ye betul dia mennggal sakit jntung dekat rumah dia rumah dia dengan perempuan tu selepas 3 hari mennggal baru orang jumpa.

Sempat dia balik tengok kami anak beranak. walau pun buruk mana dia tetap bapak kepada anak anak ku.

Wahai perampas suami orang pikirlah panjang untuk hidup bermadu jangan kau bahagia atas penderitaan orang lain kau tengom kewangan dia kau tengok dia mampu tak berlaku adil.

Alhmdulilh berkad aku bersabar rumah kereta duit pncen aku dapat semua syukur itu la balasan berkad aku bersabar.

Zuraida: Xper lah kak.. ada hikmah disebaliknya..semoga akk juga beroleh ank yg soleh n solehah hendak menjaga akk hingga ke akhir hayat.

Tahun ni ckp ngan abg pujuk nk balik rmh mak akk gak dan kalau boleh bwk mak dia sekali.. kalo bleh sampai adik beradik abg habis cuti.

Biar ank2 yg lain merasa camner beraya bila dh xde mak bapak.. penceraian bkn jln terakhir.. rsnya mak ayah pun x setuju kalo camtuh..

Lau abg xnk.. pakat adik beradik akk bwk mak n ayh kak beraya kt rmh akk.

Kasi meriah rmh kak.. kasi jeles itu sume org yg xnk beraya ngan mak dia.. he3

Ismi: Mak sy pesan, berdasarkan pengalaman dia, sbg menantu jgn sekali2 campur tgn dlm urusan keluarga suami.

Tp main mcmtu kn..7 thun asik kt kg dye je..kite pon ade mak ayah. Ingat dia saja ka sygkn mak ayh dia..

Kite pon sygkn mak ayh kite jgk. Ingat dye aje ke risaukan mak dye..kite tk risau mak ayh kite?

Nadira: mak mertua pn mak sndri kak..bsar pahala umpama mnjga mak kandung..akak sorg isteri kena patuh perintah suami..

Ini dah jdi lumrah kte sbg org perempuan ..syurga kte dkt suami..bsar pahalanye..

Allah uji kte sbb sygkn kte..ape lah sgt nk amk kira..raya ke xraya anytime je boleh jnguk mak ayah akak..

Suami akak tau adk bradik dia xguna sbb tu dia xnk tgglkn mak dia..untung akak dpt suami cmtu..syurga dia pd mak dia..besok akak pn bakal tua..

N pasti akn merasa semua ni jika umur pnjg..lain org lain ujiannye..sbr n byk bdoa moga ipar2 tu di beri ksedaran..jgn sbb hal cmni smpai nk tpkr bpisah..

Kalau kte buat sesuatu kerna Allah in shaa allah di permudahkn..kte ckp bkn soal pnah lalui or tak..

At least dgn nasihat dpt mberi semangat..

Sumber IIUM / KRT

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini