Demi Menyara Anak2, lbu Tungg4l Gigih Kerj4 Angk4t Gas Mencari Rezki

Wanita sering dianggap sebagai makhluk yang lemah dan memerlukan bantuan tenaga lelaki dalam melakukan kerja berat. Namun, jika keadaan mendesak, semua yang susah menjadi mudah bagi mereka.

Angkat gas cari rezeki
Hal ini dikongsikan sendiri oleh satu akaun TikTok dikenali sebagai niniqaliesya apabila berkongsi momen menguruskan perniagaan menghantar gas kepada pelanggan.

Dia bukan hanya memandu lori gas sendiri, bahkan menurunkan dan mengangkat gas tanpa bantuan sesiapa untuk dihantar kepada mereka yang memesan.

Demi besarkan anak lepas pemergian suami
Melihat dari video yang tular itu, ada kisah disebalik kegigihannya bekerja kerana wanita itu merupakan seorang ibu tunggal yang kematian suami dan harus membesarkan dua orang anak perempuan yang masih kecil.

Wanita dilahirkan sebagai insan yang kuat
Menjengah keruangan komen, rata-rata warganet berasa kagum dengan ketabahan dan kekuatan seorang wanita dalam mencari rezeki buat anak-anak.

Mereka juga berdoa agar rezeki pengguna TikTok itu dipermudahkan dan berharap supaya perniagaanya terus maju di masa hadapan.

Kuatnya wanita yang gigih bekerja

Semoga Allah terus permudahkan urusan

Kuatnya wanita terletak pada semangatnya

Bukan senang nak cari makan

Pengorbanan seorang ibu tunggal demi anak2

Sumber: TikTok niniqaliesya

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini