Demi parking lelaki ini didkwa berlak0nCacat, Berlak0n Dari luar sampai dalam ‘mall’

Tindakan seorang lelaki berkongsi video berhubung cara bagi mendapatkan tempat meletak kereta yang penuh di sebuah pusat beli belah di Kuala Lumpur mengundang kecaman warganet di media sosial.

Seorang pengguna laman Twltter, @pedoqpop memuat naik semula video tersebut dari aplikasi TlkTok memaparkan lelaki tersebut mengadu sukar bagi mendapatkan ‘parking’ akibat ramai pengunjung.

Namun begitu, dia mengikut cadangan rakannya dimana salah seorang daripada mereka telah berlakon menjadi orang kurang upaya (OKU) sekali gus berjaya meletakkan kenderaan di petak khas.

“Aku ada kat Mid Valley ni, tapi nak parking susah. Pastu Ajim cakap kalau nak parking, kena buat satu cara. Betul-betul dapat parking.

“Tapi cara dia pelik sikit la, kau tengok ni. Betul-betul dia jadi cacat. Ni kalau kantoi dengan pengawal keselamatan, memang mati. Tapi kau tengok kereta hitam aku tu, dapat parking! Terima kasih Ajim,” katanya.

Video berdurasi 38 saat tersebut memaparkan rakannya itu terpaksa berlakon menjadi OKU di tempat ‘parking’ sebelum memasuki ke dalam pusat beli belah berkenaan.

Meninjau ke ruangan komen, posting diulang kicau sebanyak 243 kali itu menerima pelbagai reaksi netizen menyifatkan tindakan lelaki berkenaan mengambil kesempatan ke atas golongan OKU.

Menurut warganet, kemudahan disediakan telah ‘dicaras’ oleh individu tidak bertanggungjawab apatah lagi tempat meletak kereta bagi golongan istimewa adalah terhad di tempat awam.

Dah la parking 0KU, berlakon cacat pula

Ada lagi makhluk macam ni

Kemudahan untuk orang 0KU dah la terhad

Sebab orang macam ni la aku malas nak keluar

Berdasarkan satu lagi video dikongsi oleh salah seorang daripada mereka, difahamkan rakannya itu bukanlah golongan 0KU meskipun ramai yang mengatakan aksi tersebut dilihat seperti ‘real’.

“Dia suka buat hal kat tempat awam”

“Ajim memang perform”

Sumber : omm

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share resepi korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini