Didepan Ayah Bukan Main,Pijak Semut Tak M4ti..Blakang Ayah Dim4ki Saya Herdik..Kadang Kena Cubit S4mpai leb4m

Assalamualaikum semua. Terdet1k dihat1 nak menc0ret kisah. Ini kisah hidup saya. Saya Maisara berumur 20 an. Berasal dari sebuah negeri di pantai timur. Bekerja dalam bidang perbaankan di ibu kota.

Ibu dan bapa saya telah bercerrai ketika saya berumur 10 tahun. Saya merupakan anak tunggl. Selepas bercerrai ibu keluar rumah dan berpindah ke utara. Saya masih ingat kehidupan saya ketika itu ibarat seb1ji bola. Ditendaang ke sana ke sini.

Hujung minggu biasa nya ibu saya akan mengambil saya balik ke rumah nya. Pada hari persekolahan saya t1nggal dengan ayah. Begitulah rut1n saya lebih kurang dalam setahun. Tak lama kemudian ibu saya berkahwin baru.

Ibu dah jarang dah balik untuk mengambil saya. Katanya s1buk. Tak mengapa lah saya cuba faham keadaan ibu walaupon dalam usia sebegitu saya sangat memerlukan ibu. Kadang kadang saya menangis sebab r1ndukan ibu.

Oh ya, disebabkan ayah s1buk bekerja selepas balik sekolah saya akan pulang ke rumah nenek iaitu ibu kepada ayah dengan menaiki bas.

Di rumah nenek ada nenek dan seorang makcik saya yang saya panggil maksu. Saya akan mand1 dan makan dirumah nenek. Lepas ayah bal1k kerja dia akan singgah ke rumah nenek untuk mengambil saya.

Tak lama selepas itu ayah pula berkahwin lain. Ibu t1ri pula adalah rakan sekerja ayah. Layanan ibu t1ri kepada saya, biasalah seperti tipikal ibu t1ri yang lain.

Didepan ayah bukan main baik p1jak semut pon tak M4t1. Tapi dibelakang ayah macam macam saya kena diherd1k dimak1 dipvkul dan pernah kena cub1t sampai berbekaas. Tapi saya tak pernah beritahu ayah sebab tak0t. Biasalah budak budak kan.

Satu malam ayah masuk ke bilik saya. Ayah suruh saya call ibu saya dan beritahu yang saya nak t1nggal dengan dia. Sebab masa tu saya masih kecil tak tahu apa apa. Saya buat macam yang ayah suruh.

Saya call ibu siap nang1s nang1s. Tapi ibu kata saya tak boleh t1nggal dengan dia sebab ibu s1buk kerja. Masa tu kan perasaan saya sed1h sangat. Nampak sangat ibu tak perlukan saya pon apalagi merindukan saya. Huhuhu.

Satu hari ketika di rumah nenek saya terdengar ayah bergad0h mulut dengan nenek dan maksu. Saya ingat lagi ayat nenek,

“Kalau susah sangat biar aku yang jaga Sara kau jaga lah keluarga baru kau”.

Saya menang1s teresaak esaak masa tu. Faham la saya ayah tak nak saya t1nggal dengan dia lagi. Kemudian nenek masuk ke dalam bilik saya. Nenek peluk saya dan bagitau,

“Sara. Sara balik rumah ambik barang barang Sara ye. Sara tinggal je dengan nenek ye. Nenek dan maksu akan jaga Sara”.

Bermula kehidupan baru saya dirumah nenek. Alhamdulillah nenek jaga saya dengan penuh kasih sayang. Makan pakai semua cukup. Maksu pon. Apa yang saya nak maksu akan cuba penuhi walaupon maksu hanya kerja k1lang je.

Alhamdulillah saya bahagia. Bahagia lebih daripada ketika saya t1nggal di rumah ayah. Bila gaji maksu akan bawa saya dan nenek pergi jalan jalan, shopping di supermarket dan makan KFC. Seronok sangat.

Ayah pon dah jarang balik. Kalau balik pon sekejap je untuk bagi duit pada nenek. Ibu lagi la memang h1lang dari radar terus. Telefon pon tak.

Tapi masa tu saya dah tak rasa sed1h sangat sebab saya dah dapat kasih sayang yang cukup dari nenek dan maksu.

Masa saya tingkatan 5 lebih kurang. Tiba tiba ayah ajak saya t1nggal dengan dia. Tapi rupa rupanya ada udang disebalik mee.

Saya dibuat macam bibik dirumah tu. Kena basuh p1nggan, masak, dan jaga adik tiri. Adik tiri ada 3 orang. Kecik kecik semuanya.

Oo barulah saya faham dulu tak nak jaga saya. Sekarang saya dah besar dah pandai buat kerja rumah barulah minta saya t1nggal dengan dia.

Dalam seminggu saya minta balik rumah nenek. Alasan saya sebab saya tak boleh belajar dalam rumah tu. Saya kena f0kus sebab dah nak SPM.

Alhamdulillah dari segi akedemik saya boleh dikatakan cemerlang. Masa PMR saya dapat straight A. Masa Majlis Penyampaian Hadiah bataang h1dung ayah pon tak nampak. Sed1h jugak masa tu bila tengok kawan kawan semua ada bersama parents masing masing.

Begitu jugak dengan akt1viti lain yang melibatkan ibu bapa, ayah tak pernah datang. Nasib baik ada nenek dan maksu. Pernah nenek datang ke mesyuarat PIBG saya walaupon kurang sihat. Maksu pulak kena kerja.

Nenek selalu pesan walau apa pon terjad1, saya tak boleh patah semangat. Hanya pendidikan yang boleh membuka mataa kedua ibu bapa saya.

Sejak haritu saya bertekaad akan belajar bersungguh sungguh bukan untuk ibu dan ayah. Tapi untuk nenek. Untuk balas segala jasa nenek dan maksu.

Alhamdulillah saya dapat keputusan cemerlang dalam SPM dan berjaya ke IPT di KL. Alhamdulillah. Betul kata nenek. Masa tu baru ibu tunjukkan mukaa dia. Ayah pulak dah rajin call tanya keperluan itu ini. Saya kata tak pe semua dah cukup.

Sepanjang pengajian saya pernah 3 kali ibu datang melawat saya di k0lej. Tapi perasaan saya masa tu entah la. Takde rasa apa.

Takde rasa rindu atau terujaa. Rasa k0song dan biasa saja. Ayah pulak bila tahu saya balik cuti semester s1buk nak ambil saya di stesen bas.

Saya kata takpe saya boleh naik bas dan terus balik ke rumah nenek. Kenapa sekarang setelah saya dah pandai berd1kari baru nak pedul1 hal saya ye. Kenapa tak peduli masa saya sangat perlukan di0rang. Kenapa baru sekarang?

Selepas habis belajar alhamdulillah saya terus dapat kerja di KL. Sedikit demi sedikit saya balas jasa nenek dan maksu.

Saya kumpul duit gaji saya dan ubahsuai rumah nenek, beli perab0t baru, beli penapis air, airc0nd dan macam macam lagi.

Nenek menang1s terharu bila nampak rumah papan dia bertukar batu. Saya juga buat loan untuk beli kereta baru maksu. Kereta kancil lama asyik r0sak je.

Itu saja yang saya mampu buat untuk balas segala jasa nenek dan maksu selain dari doa yang tak pernah ptus untuk diorang.

Pasal ibu dan ayah pulak. Sekarang barulah nak tunjuk car1ng. Pernah ibu tiri masak macam macam dan ajak saya makan malam dirumah bila tahu saya ada dekat kampung. Cakap pon bukan main lembut sebelum ni pandang pon tak.

Ayah pulak pernah bagi h1nt katanya gaji saya dah besar siap boleh hulur kat nenek 1k sebulan, tak kan tak boleh hulur sikit untuk dia. Saya buat tak dengar je. Ibu pon pernah call saya nak pinjam duit katanya untuk buat umrah tapi saya bagitau ibu,

Maaf ibu kakak tak de duit sekarang sebab kakak pon tengah nak kumpul duit untuk nenek pergi umrah jugak”. Kejaam tak saya?

Entah la saya tahu macam mana burruk pon diorang tetap ibu dan ayah saya. Saya dah maafkan diorang tapi saya mungkin belum melupakan. Setiap hari saya berdoa kepada Allah supaya putih kan hati saya dari dendaam ini.

Pernah sekali saya bawak nenek dan maksu bercuti ke Vietnam dan saya upl0ad gmbar gmbar di Fb dan tag ayah dan ibu t1ri saya. Saya sengaja nak diorang tengok.

Betapa h1tam nya hat1 saya. Tapi jauh disudut hat1 saya saya cuma nak menggembirakan hat1 insan yang paling setia dan paling sayang saya.

Yang ada ketika suka dan duka saya iaitu nenek dan maksu. Mereka lah segalanya untuk saya. Kepada pembaca semua, doakan saya ye. Sejujurnya saya tiada mem0ri Indah zaman kanak kanak bersama ibu dan ayah seperti anda semua.

Saya tahu pengalaman pah1t ini menjadikan saya seorang yang pendendaam. Saya tahu ini tidak ok. Semoga Allah tunjukkan saya caahaya untuk saya menjadi anak yang solehah untuk ibu dan ayah saya.

Sumber:InfoViral

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini