Disapa P4k Guard Minta T0long ‘Transfer’ Duit Belanja Dekat Anak Di Universiti, Individu Terkejut Bila Tahu…

Memang tak dapat dinafikan, pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia telah memberikan kesan terhadap kehidupan setiap individu.

Begitulah kisah yang dikongsikan oleh individu ini apabila dia telah ‘dipertemukan’ dengan seorang insan yang dikatakan sedang berdepan dengan masalah kewangan.

‘Bang, minta tolong boleh?’

Berdasarkan perkongsian Azlan Shah NK di Twitter, kisah itu bermula apabila dia telah disapa oleh seorang pengawal keselamatan ketika sedang bersenam.

Pengawal keselamatan tersebut dikatakan telah meminta pertolongannya untuk memindahkan sejumlah wang secara atas talian kepada anaknya yang sedang menuntut di sebuah universiti.

Bagi RM30 duit belanja

Tetapi apa yang menyedihkan selepas Azlan bertanya kepada pengawal keselamatan itu mengenai jumlah wang yang ingin dipindahkan. Alangkah terkejutnya apabila mengetahui lelaki ini ingin memberikan RM30 kepada anaknya untuk membeli buku dan selebihnya dibuat belanja. Bercerita lanjut, lelaki mengakui kini dia sedang berdepan dengan masalah kewangan.

Netizen kongsi pengalaman

Menjengah ke ruangan komen, ramai dalam kalangan pelajar sempat berkongsi pengalaman yang sama dilalui mereka semasa menuntut di universiti pada suatu ketika dahulu. Malah, disebabkan ibu bapa mengalami masalah kewangan, maka ada di antara anak-anak ini telah diberi wang sebanyak RM20 untuk perbelanjaan selama seminggu.

Walaupun agak ‘struggle’ pada masa itu, mereka bersyukur dengan rezeki yang diberikan. Tidak kurang juga ada yang membuat keputusan untuk melakukan kerja part-time semasa masih bergelar seorang pelajar semata-mata untuk menampung kehidupan di universiti.

‘RM30 untuk sebulan’

Sumber: Azlan Shah NK

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu. . insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini