Diteg̷ur Bergamb̷ar Di Pam Miny̷ak, Ini Jawapan ‘Pak Cik Shell’

Sebelum ini kita sering melihat papan tanda amaran seperti sentiasa mema.tikan enjin dan tidak menggunakan peralatan elektronik ketika sedang mengisi minyak. Ini adalah bagi memastikan keselamatan pengguna dan juga mengelakkan kejadian yang tidak diingini daripada berlaku.

Tetapi baru-baru ini, Pak Cik Shell atau nama sebenarnya Shairan Huzaini yang pernah menarik perhatian dengan kisahnya bersama syarikat itu menjadi perhatian apabila beliau memuatnaik sekeping foto bersama rakannya berhampiran pam minyak di Instagram.

“Bukan mahu membenci, tetapi menggunakan telefon atau kamera di stesen minyak?” komen seorang warganet di hantaran berkenaan.

Ini Jawapannya

Tidak mahu perkara tersebut terus menjadi persoalan, beliau kemudiannya menjawab komen berkenaan dan menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku ketika gambar tersebut diambil.

Sambil mengucapkan terima kasih atas peringatan yang diberi warganet, beliau memberitahu beberapa perkara yang mungkin tidak diketahui orang ramai sebelum ini tentang peraturan berkenaan.

“Peraturan keselamatan ialah tidak menggunakan alat elektronik dalam lingkungan lima meter semasa pam beroperasi sebab fuel vapour boleh terse.bar sejauh itu.

Kalau pam tak onz, tiada risiko vapour ignition. Tetapi kita masih tak galakkan roger-roger atas forecourt (kawasan sekitar pam) sebab tak nak lalai dengan kereta yg bersimpang siur,” jelasnya.

Jelasnya lagi, beberapa langkah keselamatan juga telah diambil sebelum gambar tersebut diambil seperti meletakkan kon keselamatan dan menjaga trafik di sekitar kawasan berkenaan.

Perkara ini berkemungkinan dilakukan bagi mengelakkan kereta yang ‘bersimpang siur’ dan juga memastikan tiada pam minyak yang ‘onz’ seperti dik0ngsikan beliau dalam jawapannya yang terdahulu.

Terpegun dengan penjelasan panjang lebar yang diberikan Pak Cik Shell, rata-rata warganet turut mengucapkan terima kasih atas perk0ngsiannya yang tidak diketahui ramai sebelum ini.

“Terima kasih penjelasan cukup bernas,” komen seorang warganet.

Penjelasannya mengenai perkara itu turut dik0ngsikan kembali warganet di platform media sosial Twitter memandangkan ramai yang kurang jelas mengenai perkara berkenaan.

Buat anda yang tidak mengenali Pak Cik Shell, beliau sebelum ini sering menarik tumpuan di media sosial dan mempunyai lebih 100,000 pengikut di Instagram.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share resepi korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Sumber & foto diambil dari The v0cket Via Mytv Viral