Dulu Beli Dengan Harga Rm81 Ringgit, Kini Tek0 Ant1k lni Dijual Dengan Harga 3 Juta Ringgit, “Cuba Cek Dalam Almari Dekat Rumah Ada tak”Hahaha

Teko Antik Dibeli Harga RM81 Berjaya Dijual Dengan Harga Lebih RM3 Juta! Untung Besar, Beli Teko Antik RM81 Kemudian Jual RM3.13 Juta! Inilah yang dikatakan untung besar! Beli murah tetapi jual semula dengan harga yang sangat tinggi.

Baru-baru ini seorang lelaki di England tidak menyangka sebiji teko rosak yang dibelinya pada 2016 bakal menjadikan dirinya seorang yang kaya raya.

Lapor portal BBC, pengumpul berkenaan membeli teko putih biru itu dengan harga yang sangat murah, iaitu 15 Pound (RM81) dalam sebuah acara lelongan di Lincolnshire.

Namun apa yang mengejutkan ialah dia berjaya menjual semula teko antik berkenaan kepada seorang pembida pada harga 575,000 Pound (RM3.13 juta)!

Dia pada mulanya menyangka ia hanyalah teko biasa sehinggalah seorang pakar seramik, Clare Durham memberitahu teko tersebut merupakan barangan ‘super antik’ yang begita sukar untuk ditemui.

Menurut Clare, wanita itu mengesyaki porselin itu bukan berasal dari United Kingdom namun setelah membuat kajian lanjut, beliau akhirnya menyedari ia adalah hasil tangan Bartlam.

“Teko ‘cabuk’ itu sebenarnya merupakan porselin pertama yang dihasilkan di Amerika Syarikat, kira-kira 250 tahun lalu.

“Ia adalah hasil seni seorang ekspatriat Britain, John Bartlam yang berdagang merentasi lautan Atlantik untuk menunjukkan bagaimana porselin dihasilkan,” katanya.

Hasil kerja Bartlam dikatakan terlalu bagus sehingga membuatkan usahawan tembikar, Josiah Wedgwood berasa terancam kerana perniagaan eksportnya akan terjejas.

Perniagaan Bartlam tenggelam ketika Revolusi Amerika dan hasil buatan tangannya hampir mustahil dijumpai sehingga ke hari ini.

‘Tak sangka mangkuk isi lauk itu RM24,000’

“TIDAK sangka mangkuk yang saya gunakan untuk letak lauk hidangan itu sangat bernilai,” kata Hazwani Mohd Noor, 32.

Terdahulu, Hazwani berkongsi di laman Facebooknya mengenai harga pasaran pinggan mangkuk antik berjenama Corningware Vintage di portal jualan atas talian yang mencecah AS$6,000 (RM24,000).

Difahamkan, harga set pinggan mangkuk berkenaan melonjak naik selepas mendapat permintaan tinggi pengumpul barangan antik dari luar negara terutamanya Amerika Syarikat.

Menurut Hazwani, dia tidak sangka harga jualan semula atau terkini set pinggan mangkuk tahun 1990-an sangat tinggi nilainya.

“Mulanya saya tidak percaya. Jadi, saya lihat harga di e-Bay dan Lazada, memang betul itu harganya antara RM5,000 hingga RM24,000.

“Saya terkejut, terus geledah rak pinggan mangkuk dan menjumpai persis pinggan mangkuk sama milik ibu. Tidak sangka mangkuk yang saya gunakan untuk letak lauk hidangan itu sangat bernilai,” katanya ketika dihubungi.

Dia yang sudah berkahwin dan mempunyai dua cahaya mata itu mengakui tidak menyangka perkongsiannya di Facebook tular sehingga sekarang.

“Saya ikut gembira apabila ramai rakan di Facebook turut berkongsi gambar reka bentuk mangkuk yang sama di ruangan komen. Rata-rata mereka tidak menyangka mangkuk kegunaan harian itu bernilai ribuan ringgit.

“Nilai harga jual balik yang lumayan menyebabkan ada pengguna Facebook yang komen nak ‘culik’ koleksi pinggan mangkuk ibu mereka untuk dijual,” katanya.

Sementara itu, pengguna akaun Facebook bernama Ahmad Hafiy yang berkongsi di ruangan komen berkata, koleksi pinggan mangkuk berkenaan sudah berusia lebih 40 tahun dan dia tidak akan menjualnya kerana mahu menjadikannya sebagai harta pusaka.

Dalam perkembangan sama, Hazwani yang juga pengumpul tegar koleksi pinggan mangkuk seramik berkata, keluaran set pinggan mangkuk zaman dahulu berbeza dengan sekarang terutamanya daripada segi kualiti.

“Dahulu, kilang menghasilkan pinggan mangkuk menggunakan kaca seramik asli iaitu ‘Pyroceram’ yang tahan haba dan boleh terus digunakan dalam ketuhar.

“Kini, kebanyakan kilang berhenti menghasilkannya disebabkan permintaan tinggi tetapi kekurangan sumber. Ada pun ketahanannya tidak sama seperti dulu,” katanya.

Sumber:HarianMetro

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini