Dulu Gaji Mewah RM600 Sejam, Pilot Dibuang Kerja Dedah Struggle Jadi Food Rider

Ketika Dulu Gaji Mewah RM600 Sejam, Pilot Dibuang Kerja Dedah Struggle Jadi Food Rider | Siapa sangka pandemik COVID-19 pada tahun 2020 ini memberi impak yang sangat besar kepada rakyat Malaysia. Ramai hilang punca pendapatan kerana majikan kehilangan untung terutamanya di dalam sektor pelancongan sekali gus menjejaskan industri penerbangan. Demikianlah detik pahit yang dialami oleh bekas pilot ini apabila dia dibuang kerja.

Akibat pandemik kerjaya bertukar daripada ‘supir’ di udara ke daratan…

Daripada menjadi ‘supir’ di udara dan sekarang bertukar ke daratan, itulah dihadapi oleh seorang pengguna Facebook Anwar Ajid yang dibuang kerja akibat daripada kesan pandemik. Namun, dia tidak berputus asa untuk meneruskan tanggungjawab mencari nafkah keluarganya yang tercinta. Usahanya untuk mencari kerja baru tidak mudah sama sekali kerana banyak tempat tidak menerimanya. Sehinggakan dia menemui satu jalan pintas untuk berkerja sebagai rider di sektor penghantaran makanan E-Hailing.

Pelbagai cabaran yang ditempuhi semasa menjadi rider E-hailing…

Menjadi food rider bukannya mudah kerana banyak cabaran yang dihadapi olehnya. Menurut lelaki ini, rintangan utama dihadapi olehnya adalah sukar untuk mendapat tempahan dan perangai pelanggan yang tidak menentu. Tambahnya lagi, dia juga hanya memiliki motor besar yang agak berat menyebabkan lelaki ini cepat letih kerana perkhidmatan food rider E-Hailing ini perlu konsisten untuk menghantar makanan. Walaupun susah, dia amat bersyukur kerana masih mampu memperolehi rezeki yang halal.

Sumber: FB Anwar Ajid

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share resepi korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Sosial Media!!
Facebook – Madara Army
Youtube channel – Madara Amry