Ezreena Amir Hamzah Pembaca Berita Kini Berhij4b,Apa Yang Di Kongsikan Olehnya Buat Ramai Rasa Sebak

Personaliti TV3, Ezreena Amir Hamzah kini tampil dengan imej berhijab sepenuhnya sejak 1 Mac lalu yang juga bersempena hari peristiwa Israk dan Mikraj.

Berkongsi cerita di laman Instagram, penyampai berita TV3 itu mengakui sudah lama berhasrat bagi mengenakan hijab namun masih belum terbuka hati ke arah penampilan sebegitu sebelum ini.

Ambil masa 24 tahun untuk berhijab

Menurut Ezreen, kisah abangnya yang jatuh sakit akibat lumpuh sehingga dirawat di hospital disifatkan menjadi titik tolak dalam dirinya untuk melakukan perubahan sekali gus menjadi insan yang lebih baik.

Abang lumpuh separuh badan

Terkesan dengan kesakitan dihadapi abangnya, penyampai berita TV3 itu bermuhasabah diri dengan cuba mencari kekuatan untuk dilakukan demi melihat insan tersayang dipanjangkan umur dan kembali sembuh.

Apa boleh dibuat untuk bantu abang saya?

“Seminggu dua selepas tu, walaupun abang masih belum stabil, tapi Allah SWT masih memanjangkan usianya. Allah SWT beri peluang untuk dia pulang bersama kami di rumah.

“Setidak-tidaknya boleh juga meneman dia, dan berikan sokongan emosi. Seminggu saya di kampung, saya terfikir. Sejahil-jahil saya, Allah SWT cuba juga berikan apa yang saya inginkan,” tulisnya.
Ibu kepada seorang cahaya mata itu semakin menyedari akan nikmat dikurniakan Allah SWT apabila anak lelakinya Zillqayyim membesar dengan baik selain memiliki suami yang memahami dan tidak pernah memaksa dirinya untuk berhijab.

Nikmat mana lagi saya dustakan?

“Saya juga ada berdoa pada Allah SWT untuk memudahkan Zill (anak) bercakap, berinteraksi dengan baik dan mendapat manfaat di taska baru. Pun Allah dah kabulkan. Hari demi hari ada je perubahan baik yg Zill tunjukkan.
“Dan bila terbayang muka suami, yang tak pernah memaksa saya bertudung walaupun saya tahu dia sangat2 mendambakan perubahan itu, menguatkan lagi hati saya (untuk berhijab),” ujarnya.

Perkongsian tersebut disambut baik oleh pengikutnya yang rata-rata meluahkan rasa sebak apabila membaca nukilan itu yang dianggap mempunyai hikmah tersendiri bagi Ezreen dalam melakukan perubahan.

Malah, ramai turut mendoakan personaliti berkenaan supaya terus istiqamah di jalan-Nya dan dipermudahkan urusan dalam menjadi muslimah sejati.

Syukur alhamdulillah!

Sebak kita baca…

Terserlah keayuan.. cantik pakai tudung

Moga terus istiqamah

Ezreen atau nama penuhnya Nor Intan Ezreena Amir Hamzah berkahwin dengan Asrulnizam Kadir yang juga penyampai berita TV3 pada November 2015 dan dikurniakan Zillqayyim atau Zill yang kini berusia tiga tahun.

Sumber: Instagram Ezreena Amir Hamzah

Sumber:Ohmm

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini