Frontliners Mungkin Akan Kembali Beraksi, COVID-19 Di Malaysia Melarat Semula

Frontliners Mungkin Akan Kembali Beraksi, COVID-19 Di Malaysia Melarat Semula | Pelbagai Prosedur Operasi Standard (SOP) telah digariskan kerajaan sebagai panduan kepada semua pihak bagi memastikan penularan pandemik COVID-19 dapat dibendung sepenuhnya. Namun ia nyata tidak memberi impak kerana bilangan positif jangkitan itu dilihat semakin meningkat dan kembali melarat.

Semuanya sudah terlambat, frontliners kembali beraksi jika tak dibendung dengan segera..

Terpanggil berhubung isu tersebut, seorang wanita bernama Shamshuritawati Sharif tampil memberi pendapat yang cukup membuka mata ramai. Menurut wanita ini, tidak mustahil jumlah positif COVID-19 yang semakin mencanak naik membuatkan para petugas barisan hadapan terpaksa kembali beraksi. Lebih teruk lagi apabila ia akan menjejaskan ekonomi hingga membuatkan orang ramai sekali lagi berdepan dengan kemungkinan dibuang kerja.

Bukan menakut-nakutkan, cuba teliti isu kluster Sivangangga yang dijangkiti sebab hadir majlis kenduri

Meskipun begitu, terdapat beberapa garis panduan yang perlu dititikberat dan dijadikan pengajaran terutamanya dalam memperbaiki sistem kawalan penyebaran pandemik tersebut. Ujarnya, situasi sekarang bukanlah masa sesuai untuk menghadiri sebarang majlis keramaian atau melakukan aktiviti rentas negeri. Tidak perlu melihat jauh, bahkan Kluster Sivagangga yang tercetus baru-baru ini cukup untuk dijadikan pengajaran buat semua pihak.

Sepatutnya ‘kurung’ lah mereka yang pulang dari luar negara 14 hari walaupun keputusan swab test negatif..

Oleh itu, Shamshuritawati menyeru semua rakyat Malaysia agar peka dengan protokol keselamatan tersebut sekali gus tidak menyusahkan ramai pihak. Di samping berharap agar mereka yang terjangkiti kembali sihat dan sembuh.

Sumber : Facebook Shamshurita Sharif

Don’t Foget To Follow Fanpage And Subs Youtube Channel Admin
Facebook – Madara Army
Youtube channel – Madara Amry